awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST akan bantu kurangkan aktiviti 'pasaran gelap'

Bernama
Bernama
13/11/2013
10:12 MYT
GST akan bantu kurangkan aktiviti 'pasaran gelap'
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membantu mengurangkan aktiviti 'pasaran gelap' dalam negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar).
Beliau berkata aktiviti seumpama itu berada pada kadar 20-25% sekarang berbanding beberapa negara maju pada 10-15%.
"GST akan dapat membantu mengurangkan aktiviti itu yang wujud di banyak negara," katanya kepada Bernama.
Ahmad berkata langkah-langkah agresif untuk mempromosikan GST bermula dengan pembabitan semua jentera kerajaan yang relevan termasuk menggunakan laman web, media arus perdana dan media sosial.
Beliau berkata pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar juga telah mula memberi penerangan kepada rakyat dan mengedarkan risalah serta brosur.
Ahmad berkata GST perlu dilaksanakan bersama-sama dengan 160 negara membangun dan maju lain.
"Kita lewat tujuh tahun," katanya.
Topic Berkaitan
#cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
#Datuk Ahmad Maslan
#Timbalan Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan