awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis Selat Hormuz jejas 20 peratus bekalan, pacu kenaikan harga minyak global – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga diesel naik tiga sen kerana kerajaan banyak tampung subsidi

Bernama
Bernama
01/12/2014
10:02 MYT
Harga diesel naik tiga sen kerana kerajaan banyak tampung subsidi
HASAN: Kita tidak boleh turunkan harga diesel kerana subsidi yang diberikan terlalu besar
Kenaikan harga runcit minyak diesel sebanyak tiga sen seliter bermula hari ini disebabkan kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata.
"Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga.
"Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Giant baharu di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan memantau pasaran harga pada bulan ini bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel untuk bulan berikutnya.
"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan baru berdasarkan kepada maklum balas daripada peringkat akar umbi, rakyat," kata beliau.
Topic Berkaitan
#diesel
#harga minyak
#Hasan Malek
#petrol
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan