awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tenaga global tekan harga minyak, subsidi kerajaan meningkat – Amir Hamzah

Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad
10/04/2026
09:27 MYT
Krisis tenaga global tekan harga minyak, subsidi kerajaan meningkat – Amir Hamzah
Amir Hamzah (foto) memaklumkan perbelanjaan subsidi kerajaan meningkat ketara kepada RM6 bilion berbanding RM700 juta sebelum krisis, bagi menampung lonjakan harga dan melindungi rakyat daripada kesan langsung kenaikan kos tenaga. -Gambar fail/Bernama
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan krisis tenaga global susulan gangguan di Selat Hormuz kini menjejaskan kira-kira 20 peratus aliran minyak dunia, sekali gus menyebabkan bekalan berkurangan dan harga meningkat dengan ketara.
Menurut beliau, Malaysia masih bergantung kepada import minyak memandangkan pengeluaran domestik sekitar 350,000 tong sehari tidak mencukupi berbanding penggunaan harian yang mencecah 700,000 tong sehari.
Tambahnya, konflik di rantau berkenaan turut menyebabkan kos logistik meningkat sehingga tiga kali ganda, manakala kos insurans melonjak sehingga 16 kali ganda, selain premium pembelian yang lebih tinggi berikutan peningkatan permintaan global.
“Apabila bekalan rendah dan permintaan tinggi, ditambah dengan kos logistik serta insurans yang meningkat, semua ini memberi kesan langsung kepada harga akhir minyak yang dibayar pengguna,” kata Amir Hamzah pada sesi Taklimat Krisis Tenaga Global, hari ini.
Beliau berkata, kenaikan kos berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan harga bahan api seperti RON95 dan diesel di peringkat global, termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, China serta negara Asia Tenggara.
Dalam masa sama, Amir Hamzah menegaskan kerajaan kekal komited mengekalkan subsidi bahan api bagi melindungi rakyat serta sektor kritikal seperti pengangkutan awam dan nelayan.
Beliau turut memaklumkan perbelanjaan subsidi kerajaan meningkat ketara kepada RM6 bilion berbanding RM700 juta sebelum krisis, bagi menampung lonjakan harga dan melindungi rakyat daripada kesan langsung kenaikan kos tenaga.
Amir Hamzah turut memberi amaran terhadap aktiviti alih saluran (channel switching), iaitu penyelewengan oleh syarikat yang membeli minyak bersubsidi di stesen minyak walaupun sepatutnya mendapatkan bekalan pada harga pasaran.
“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aktiviti ini dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak.”
Jelasnya, perbezaan harga antara pasaran dan harga subsidi menjadi punca utama aktiviti berkenaan, sekali gus memberi tekanan kepada sistem subsidi negara.
Dalam pada itu, kerajaan turut menggesa rakyat mengamalkan penjimatan tenaga serta bekerjasama melaporkan sebarang salah laku.
Dengan asas ekonomi yang kukuh dan kadar inflasi yang terkawal, Malaysia diyakini mampu kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan krisis tenaga global.
Topic Berkaitan
#krisis tenaga global
#Selat Hormuz
#harga minyak
#subsidi bahan api
#Amir Hamzah Azizan
#Kementerian Kewangan
#RON95
#diesel
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan