awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak global merosot beri kesan kepada Malaysia - Khazanah

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
07/08/2015
12:11 MYT
Harga minyak global merosot beri kesan kepada Malaysia - Khazanah
AZMAN: Harga AS$50 setong atau lebih rendah, sememangnya bukanlah sesuatu yang baik untuk Malaysia.
Melihat kepada status quo kewangan negara ketika ini, kejatuhan harga minyak mentah sememangnya tidak menguntungkan Malaysia.
Bagaimanapun, menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar, harga global minyak mentah yang kini berada pada paras rendah hanya memberi manfaat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor tertentu.
"Harga AS$50 setong atau lebih rendah, sememangnya bukanlah sesuatu yang baik untuk Malaysia.
"Bagaimanapun, ia memberi manfaat kepada syarikat Khazanah yang juga pengguna minyak dan gas seperti Tenaga Nasional Bhd dan Malaysia Airlines," jelas beliau dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Graduasi Program Transformsi Syarikat GLC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC pada Jumaat.
Mengenai penyusutan nilai ringgit, beliau berkata hakikat itu sukar bagi pengeksport namun ia menguntungkan syarikat penjagaan kesihatan dan pelancongan.
Dalam pada itu Azman turut berkongsikan keyakinannya terhadap GLC dalam kemampuan untuk mengharungi sebarang persekitaran atau keadaan ekonomi yang mencabar.
Jelas beliau, beberapa syarikat GLC yang dikatakan berada di ambang krisis kewangan pada tahun 1998, mampu berdiri teguh ketika negara ini berdepan dengan krisis kewangan pada tahun 2008.
"Seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom pernah menghadapi kesukaran namun ketika krisis kewangan 2008, kami mendapati syarikat-syarikat ini mampu menghadapinya.
"Melalui ujian tekanan yang dijalankan menunjukkan mereka mampu menghadapinya walau ada sedikit yang terjejas," tambahnya.
Jelas Azman lagi, budaya ujian tekanan serta persiapan (mendepani cabaran) sememangnya tinggi dalam kalangan GLC.
Mengenai Program Transformasi GLC, beliau berkata, prestasi kewangan syarikat-syarikat GLC sejak ditubuhkan 10 tahun lalu semakin bertambah baik.
Topic Berkaitan
#azman mokhtar
#gas
#GLC
#minyak mentah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan