awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?
Tarikh akhir permohonan lepasan SPM ke IPT dilanjut sehingga 13 April
Konflik Asia Barat: Gangguan internet di Iran melebihi 1,000 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26

Bernama
Bernama
10/04/2026
15:31 MYT
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata penurunan itu dicapai hasil rondaan berkala ke atas 61,122 rumah serta pengoperasian Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). - Foto BERNAMA
Kes jenayah sepanjang Ops Selamat 25 dan 26 pada tahun ini merekodkan penurunan kepada 747 kes berbanding 858 kes pada 2025.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata penurunan itu dicapai hasil rondaan berkala ke atas 61,122 rumah serta pengoperasian Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Beliau berkata penggunaan aplikasi Peronda Telefon Pintar Sukarela (VSP) yang merekodkan lebih 1.7 juta pengguna turut menyumbang kepada pengurangan kes jenayah, dengan 16,889 pengguna menggunakan modul pemakluman balik kampung berbanding 8,036 pada tahun sebelumnya.
“Gabungan penggunaan VSP, rondaan MPV dan URB berjaya mengurangkan jenayah, memperkukuhkan keselamatan komuniti serta mengeratkan kerjasama antara masyarakat dan PDRM,” katanya pada Majlis Apresiasi Ops Selamat 25 dan 26 di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis di sini malam Jumaat.
Dalam tempoh sama, beliau berkata statistik menunjukkan jumlah kemalangan meningkat kepada 9,934 kes berbanding 9,859 kes sebelum ini manakala kemalangan maut meningkat kepada 90 kes daripada 77 kes.
“Sebanyak 144,726 saman turut dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan berbanding 107,365 saman dalam Ops Selamat 24, peningkatan sebanyak 37,361 saman atau 34.8 peratus,” katanya.
Mohd Khalid turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mendapatkan rehat mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan anugerah kepada kontinjen dan daerah terbaik bagi kedua-dua operasi.
“Bagi Ops Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026, Kontinjen Selangor muncul kontinjen terbaik Kategori A, diikuti Sabah (Kategori B) dan Perlis (Kategori C) manakala bagi anugerah daerah terbaik, Miri dipilih bagi Kategori A, Kuala Krai (Kategori B) dan Jerantut (Kategori C).
“Sementara itu, bagi Ops Selamat 26 sempena Aidilfitri, Kontinjen Johor diumum kontinjen terbaik Kategori A, diikuti Kedah (Kategori B) dan Melaka (Kategori C) manakala bagi kategori daerah terbaik, Johor Bahru Selatan dipilih bagi Kategori A, Seberang Perai Selatan (Kategori B) dan Bagan Datuk (Kategori C),” katanya.
Majlis berkenaan turut menghimpunkan warga PDRM dan rakan strategik termasuk Telekom Malaysia serta PLUS Malaysia yang menyokong pelaksanaan Ops Selamat 25 dan 26.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPN
#Ops Selamat
#rondaan
#kes jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan