awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mindef jamin tidak kompromi pihak terlibat kematian anggota Tentera Darat
'Israel First atau US First?' - Iran tekankan hasil rundingan bergantung keutamaan AS
Rundingan damai AS–Iran dijangka fokus kepada 6 isu utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
06:48 MYT
Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?
Spekulasi berkenaan tercetus selepas laporan eksklusif mendakwa kad jemputan Save‑the‑Date telah mula diedarkan kepada rakan terdekat dan ahli keluarga kedua-dua bintang tersebut. -Foto Instagram Taylor Swift
Khabar angin mengenai tarikh perkahwinan pasangan selebriti antarabangsa, Taylor Swift dan Travis Kelce, kembali menjadi perhatian peminat apabila laporan terbaharu mendakwa pasangan itu berkemungkinan disatukan pada 3 Julai 2026.
Spekulasi berkenaan tercetus selepas laporan eksklusif mendakwa kad jemputan Save‑the‑Date telah mula diedarkan kepada rakan terdekat dan ahli keluarga kedua-dua bintang tersebut.
Memetik laporan Page Six, majlis perkahwinan itu dikhabarkan bakal berlangsung di New York, sekali gus menepis spekulasi terdahulu yang mengaitkan lokasi majlis di kediaman Swift di Rhode Island.
Pemilihan tarikh 3 Julai itu dilaporkan mempunyai nilai simbolik tersendiri kerana bersempena hujung minggu sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS), selain bertepatan dengan ulang tahun ke‑250 negara berkenaan pada 2026.
Bagaimanapun, setakat ini pihak pengurusan Taylor Swift dan Travis Kelce masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi berhubung khabar angin tersebut.
Kelce, yang merupakan bintang Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) bersama pasukan Kansas City Chiefs, kini sedang menjalani tempoh luar musim sebelum kembali ke kem latihan pada penghujung Julai.
Perkembangan terbaharu itu terus mencetuskan keterujaan peminat di media sosial, meskipun segala perancangan perkahwinan pasangan berkenaan kekal sebagai spekulasi buat masa ini.
Topic Berkaitan
#Taylor Swift
#Travis Kelce
#Selebriti Hollywood
#perkahwinan selebriti
#Hiburan antarabangsa
#gosip selebriti
#muzik pop
#NFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan