awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
Ops Bersepadu JPJ-JSPT di LTSIP kesan 132 kesalahan jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Israel First atau US First?' - Iran tekankan hasil rundingan bergantung keutamaan AS

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
09:52 MYT
'Israel First atau US First?' - Iran tekankan hasil rundingan bergantung keutamaan AS
Mohammad Reza Aref (foto) menyatakan perjanjian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta masyarakat antarabangsa berpotensi dicapai sekiranya wakil AS memberi tumpuan kepada kepentingan sendiri tanpa dipengaruhi agenda luar. -Gambar fail/Reuters
Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref berkata hasil rundingan damai peringkat tinggi di sini bergantung kepada keutamaan yang ditetapkan oleh pihak Amerika Syarikat (AS), sama ada menumpukan kepada kepentingan domestik mereka atau sebaliknya.
Dalam satu hantaran di platform X pada Sabtu, Mohammad Reza Aref menyatakan perjanjian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta masyarakat antarabangsa berpotensi dicapai sekiranya wakil AS memberi tumpuan kepada kepentingan sendiri tanpa dipengaruhi agenda luar.
Bagaimanapun, beliau memberi peringatan terhadap sebarang pendekatan yang didakwanya mengutamakan kepentingan Israel dalam rundingan tersebut.
“Jika kita berhadapan dengan wakil yang mendahulukan ‘Israel First’, tiada perjanjian akan dicapai. Iran tidak mempunyai pilihan selain memperkukuh pertahanannya,” katanya.
Mohammad Reza Aref turut menyatakan kegagalan mencapai persetujuan berisiko meningkatkan kos kemanusiaan dan ekonomi global akibat konflik yang berlarutan.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika delegasi Amerika Syarikat yang diketuai Naib Presiden JD Vance dan delegasi Iran pimpinan Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf telah tiba di ibu negara Pakistan bagi memulakan pusingan rundingan diplomatik.
Rundingan yang berlangsung di Islamabad itu dilihat sebagai antara usaha penting bagi meredakan konflik yang telah berlarutan selama enam minggu di Asia Barat, dengan komuniti antarabangsa memantau rapat perkembangan perbincangan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Israel First
#Mohammad Reza Aref
#rundingan diplomatik
#konflik Asia Barat
#rundingan damai
#Rundingan Islamabad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan