awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Bersepadu JPJ-JSPT di LTSIP kesan 132 kesalahan jalan raya

Bernama
Bernama
11/04/2026
12:59 MYT
Ops Bersepadu JPJ-JSPT di LTSIP kesan 132 kesalahan jalan raya
Sebanyak 171 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya dan 16 kenderaan disita dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP). - Foto Facebook JPJ Kelantan
Sebanyak 171 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya dan 16 kenderaan disita dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini.
Operasi bersepadu dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan itu bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi.
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata sepanjang operasi, sebanyak 205 kenderaan telah diperiksa dengan 132 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk pelesenan pemandu dan kenderaan, pengubahsuaian teknikal serta pelanggaran undang-undang lalu lintas.
“Bagi tindakan oleh polis, sebanyak 91 kes direkodkan dengan 11 kenderaan disita melibatkan 10 motosikal dan sebuah kereta manakala 12 individu yang menjalani saringan air kencing didapati negatif terhadap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata JPJ merekodkan 41 kes dengan pengeluaran 80 notis atas pelbagai kesalahan, selain menyita lima kenderaan terdiri daripada empat motosikal dan sebuah kereta untuk tindakan lanjut.
Sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan penunggangnya turut dikenakan 13 saman atas kesalahan ubah suai ekstrem, tidak memiliki lesen memandu serta lesen kenderaan motor telah tamat tempoh sejak 2018 manakala sebuah kereta jenis Honda turut disita kerana menukar enjin tanpa kebenaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#JSPT
#operasi
#LTSIP
# Mohd Misuari Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan