awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM40 juta bagi projek Sejati MADANI di Melaka
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023

Bernama
Bernama
11/04/2026
13:16 MYT
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
Angka korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza kini mencecah 72,328 orang, manakala 172,184 lagi cedera sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023, lapor sumber perubatan di Gaza. - Gambar fail
Angka korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza kini mencecah 72,328 orang, manakala 172,184 lagi cedera sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023, lapor sumber perubatan di Gaza.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), hospital-hospital di Gaza menerima 11 jenazah rakyat Palestin bersama 25 mangsa yang cedera dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Jumlah kematian sejak gencatan senjata pada 11 Oktober dilaporkan meningkat kepada 749 orang, dengan lebih 2,082 kecederaan direkodkan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 759 mayat rakyat Palestin berjaya ditemukan.
Ribuan mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan atau di jalanan. Bagaimanapun, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mendekati mangsa berikutan kekurangan peralatan asas bagi operasi mencari dan menyelamat serta kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan.
-- BERNAMA-WAFA
Topic Berkaitan
#Semenanjung Gaza
#angka korban
#serangan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan