Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM40 juta bagi projek Sejati MADANI di Melaka

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40.28 juta bagi Projek Sejati MADANI di Melaka sejak 2024.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40.28 juta bagi Projek Sejati MADANI di Melaka sejak 2024.
Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Melaka, Afzai Nizam Sandiman berkata, ia membabitkan sebanyak RM25.39 juta pada 2024, RM14.88 juta (2025) dan RM2.5 juta pada tahun ini.
“Setakat ini, sebanyak 1,013 permohonan diterima dengan 743 kelulusan telah diberikan sepanjang dua tahun pelaksanaannya.
“Ia membabitkan 254 komuniti yang memohon 489 projek pada 2024, dan 149 komuniti serta 254 permohonan projek pada 2025,” katanya kepada Bernama.
Afzai Nizam berkata, daerah Melaka Tengah merekodkan jumlah permohonan tertinggi membabitkan 178 permohonan sepanjang dua tahun lepas, diikuti Alor Gajah (121 permohonan) dan Jasin (104 permohonan).
Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya akan memberikan fokus kepada persatuan belia untuk menjana pendapatan bagi golongan itu.
Afzai Nizam berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan golongan belia dalam bidang keusahawanan yang boleh menjana pendapatan kepada persatuan masing-masing.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM250 juta khusus kepada persatuan belia di seluruh negara bagi Projek Sejati MADANI pada tahun ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

