awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak merosot lebih 4 peratus ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan

Bernama
Bernama
04/01/2023
03:40 MYT
Harga minyak merosot lebih 4 peratus ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan
Penurunan berlaku ekoran peniaga bimbang terhadap prospek permintaan yang suram ekoran kedudukan ekonomi global yang semakin perlahan. - Foto BERNAMA
NEW YORK: Harga minyak merosot mendadak pada Selasa di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek ekonomi global, lapor Xinhua.
West Texas Intermediate untuk penghantaran Februari susut AS$3.33 atau 4.15 peratus untuk ditutup pada AS$76.93 setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mac turun AS$3.81 atau 4.43 peratus, untuk ditutup pada AS$82.1 setong di Bursa Hadapan ICE London.
Penurunan berlaku ekoran peniaga bimbang terhadap prospek permintaan yang suram ekoran kedudukan ekonomi global yang semakin perlahan.
Kristalina Georgieva, pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa pada Ahad memberi amaran bahawa 2023 akan menjadi "lebih sukar" berbanding tahun lepas dan berkata satu pertiga daripada ekonomi dunia mungkin mengalami kemelesetan.
Harga minyak juga terjejas ekoran lonjakan nilai dolar AS. Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama, melonjak 0.95 peratus kepada 104.5070 dalam dagangan lewat Selasa. Dari segi sejarah, harga minyak menyongsang dengan harga mata wang AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#kedudukan ekonomi global
#minyak mentah Brent
#Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan