awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS

Bernama
Bernama
07/04/2026
16:00 MYT
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Kenderaan yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berkaitan projek penyelidikan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). - Foto: SPRM
Empat individu termasuk dua pensyarah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berkaitan projek penyelidikan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air.
Menerusi satu kenyataan, dua lagi yang ditahan masing-masing merupakan seorang pegawai syarikat berkaitan minyak dan seorang pengarah syarikat kejuruteraan.
Kesemua suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan antara jam 2 hingga 5 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM5 juta daripada beberapa syarikat sebagai balasan membantu mendapatkan projek penyelidikan serta penyelewengan dana.
“Kegiatan itu dipercayai berlaku dalam tempoh antara tahun 2019 hingga 2025 di mana pegawai dan pengarah syarikat dijadikan proksi kepada kedua-dua pensyarah IPTS tersebut menerima rasuah,” katanya.
Dalam pada itu, kedua-dua pensyarah itu dipercayai menerima wang rasuah sama ada secara tunai atau melalui pemindahan ke akaun bank peribadi masing-masing.
Dalam perkembangan sama, SPRM turut membekukan 70 akaun bank bernilai kira-kira RM8.5 juta serta menyita tujuh kenderaan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok bagi permohonan reman.
Topic Berkaitan
#SPRM
#ipts
#pensyarah
#projek penyelidik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan