awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda Malaysia selesaikan 90 peratus penggantian beg udara Takata

Bernama
Bernama
21/09/2018
21:03 MYT
Honda Malaysia selesaikan 90 peratus penggantian beg udara Takata
Kos penggantian inflator beg udara itu akan ditanggung oleh Honda Malaysia. - Foto EPA/FRANCK ROBICHON
Honda Malaysia Sdn Bhd sudah menggantikan lebih daripada 236,800 unit inflator beg udara Takata dalam kenderaan yang terjejas atau nisbah 90 peratus siap menjelang 20 Sept lepas.
Honda Malaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat, berkata jumlah inflator beg udara Takata yang sudah diganti sehingga kini adalah lebih daripada 496,400 unit.
Pelanggan Honda yang terjejas tetapi belum lagi menghantar kereta mereka untuk diganti dinasihatkan segera berbuat demikian untuk keselamatan mereka sendiri kerana beg udara tersebut boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan apabila diaktifkan.
"Sarung inflator beg udara mungkin boleh pecah sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pemandu dan penumpang," katanya.
Kos penggantian inflator beg udara itu akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
"Barisan model-model Honda terkini tidak menggunakan jenis inflator beg udara Takata yang sama seperti model yang terjejas sebelum ini," katanya.
Pemilik-pemilik kenderaan boleh menyemak status penarikan semula kenderaan Honda di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my dan memanggil 1-800-88-2020 atau lawati mana-mana pengedar Honda yang bertauliah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beg udara Takata
#Honda
#kereta
#keselamatan
#Malaysia
#model
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan