awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan baik UK-Malaysia memanfaatkan perdagangan

Bernama
Bernama
27/03/2013
00:34 MYT
Hubungan baik UK-Malaysia memanfaatkan perdagangan
Hubungan baik di peringkat politik terbukti turut memanfaatkan bidang perdagangan antara United Kingdom dan Malaysia.
Menteri Pertahanan Britain untuk Peralatan, Sokongan dan Teknologi, Philip Dunne berkata hubungan ekonomi antara kedua-dua negara mencerminkan perkembangan yang meningkat hubungan di peringkat politik.
"Lawatan oleh Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) ke UK dua tahun lepas, dan kunjungan balas Perdana Menteri Britain setahun yang lepas, telah menyediakan rangsangan besar kepada hubungan politik yang lebih rapat antara kedua-dua negara," tambah beliau.
Dunne berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat media Eurofighter Typhoon di sini hari ini sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA 2013). Acara itu yang bermula hari ini akan berakhir pada 30 Mac.
Beliau berkata lebih banyak lawatan oleh menteri-menteri Britain ke Malaysia sejak dua tahun lepas juga telah mewujudkan penglibatan signifikan di peringkat politik dan pada masa yang sama mengukuhkan hubungan dari perspektif perniagaan.
Dunne berkata Malaysia ialah pelabur utama di UK, sementara Britain turut meninjau untuk mengembangkan eksportnya ke Malaysia, berikutan keputusan oleh kedua-dua Perdana Menteri untuk menggandakan hubungan perdagangan.
Mengenai lawatan pertama beliau ke Pameran LIMA ini, antara pameran pertahanan terbesar dunia, beliau menggesa agar syarikat-syarikat Malaysia turut serta dalam kontrak-kontrak Kementerian Pertahanan UK.
Beliau berkata kerajaan Britain kini menawarkan peluang kepada syarikat Malaysia untuk membekalkan rangkaian peralatan untuk pasukan bersenjata.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Philip Dunne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan