awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutang luar Malaysia meningkat kepada RM1.12 trilion kesan penyusutan nilai ringgit - Laporan

Bernama
Bernama
07/10/2022
21:49 MYT
Hutang luar Malaysia meningkat kepada RM1.12 trilion kesan penyusutan nilai ringgit - Laporan
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2023 Kementerian Kewangan, ketersediaan rizab mata wang asing yang mencukupi mengurangkan risiko pembiayaan semula liabiliti luar berjangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hutang luar meningkat kepada RM1.128 trilion atau 65.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Jun 2022 terutamanya disebabkan oleh pinjaman antara bank yang lebih tinggi dan kesan penilaian daripada kadar tukaran mata wang asing berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS.
Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Jumaat, jumlah hutang tersebut pada 2021 adalah RM1.08 trilion atau 70 peratus daripada KDNK.
Hutang luar terdiri daripada pinjaman luar pesisir sektor awam dan swasta, pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin serta lain-lain hutang luar, jelasnya.
Pinjaman luar pesisir yang merupakan komponen terbesar hutang luar mencatat RM620.5 bilion atau 55 peratus daripada jumlah hutang luar, terutamanya disebabkan oleh terbitan berdenominasi mata wang asing bersih oleh syarikat bukan kewangan.
Sementara itu, pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin berkurang kepada 22.4 peratus (2021: 23.6 peratus) berikutan tindakan pelabur bukan pemastautin menyusun semula portfolio pelaburan dengan mencairkan pegangan dalam kertas hutang domestik.
Selain itu, liabiliti tersebut tidak terkesan dengan ketidaktentuan nilai ringgit berbanding mata wang lain.
Secara keseluruhan, hutang luar kekal terurus dengan mengambil kira profil kematangan hutang yang baik dengan komposisi hutang berjangka sederhana dan panjang berjumlah 60 peratus berbanding hutang berjangka pendek sebanyak 40 peratus.
Dalam pada itu, ketersediaan rizab mata wang asing yang mencukupi mengurangkan risiko pembiayaan semula liabiliti luar berjangka pendek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#Bajet 2023
#hutang luar Malaysia
#nilai ringgit berbanding dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan