awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IJN bayar Theta Edge RM1.3 juta selesaikan pertikaian penamatan kontrak sistem pengurusan rekod

Dagang News
Dagang News
24/06/2024
01:50 MYT
IJN bayar Theta Edge RM1.3 juta selesaikan pertikaian penamatan kontrak sistem pengurusan rekod
Theta Edge berkata pengaturan penyelesaian antara IJN dan TTSB tidak akan memberi kesan kewangan yang ketara bagi tahun kewangan syarikat berakhir 31 Dis 2023. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Theta Edge Bhd mengumumkan unitnya akan menerima RM1.3 juta daripada Institut Jantung Negara (IJN) sebagai penyelesaian pertikaian berhubung penamatan sistem pengurusan maklumat hospital dan kontrak rekod perubatan elektronik, dua tahun semasa kontrak itu berjalan.
Theta Technologies Sdn Bhd (TTSB) telah dianugerahkan kontrak pembangunan empat tahun bernilai RM25.2 juta (termasuk cukai perkhidmatan) oleh IJN pada 25 Februari 2021.
Pada 17 Mac 2023, TTSB telah diberi notis penamatan kontrak oleh IJN, atas dakwaan ingkar. Tiada pengumuman seterusnya dibuat mengenai perkara itu sehingga Jumaat lalu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Securities Bhd, penyedia perkhidmatan teknologi maklumat itu berkata kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian dan perbezaan mereka secara baik tanpa mengakui sebarang liabiliti antara satu sama lain.
Theta Edge berkata pengaturan penyelesaian antara IJN dan TTSB tidak akan memberi kesan kewangan yang ketara bagi tahun kewangan syarikat berakhir 31 Dis 2023.
Theta Edge mencatatkan kerugian bersih RM2.9 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024, berbanding keuntungan bersih RM185,000 keuntungan bersih tahun sebelumnya.
Dalam maklumannyanya di Bursa Securities, syarikat itu berkata kerugian itu disebabkan oleh margin yang lebih rendah daripada segmen telekomunikasinya dengan projek Jendelanya hampir siap. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#IJN
#Theta Edge
#sistem pengurusan maklumat
#tamat kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan