awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan kira-kira 90 peserta protes di New York bantah bekalan senjata kepada Israel

Bernama
Bernama
14/04/2026
10:02 MYT
Polis tahan kira-kira 90 peserta protes di New York bantah bekalan senjata kepada Israel
Sebahagian daripada kira-kira 200 orang yang dilaporkan menyertai demonstrasi itu. - AP
Polis menahan kira-kira 90 orang yang menyertai protes di New York bagi membantah pembekalan senjata kepada Israel, tanpa mendedahkan pertuduhan yang dikenakan, menurut laporan media yang memetik pihak berkuasa.
Menurut laporan itu, demonstrasi berkenaan berlangsung pada Isnin di lobi bangunan pencakar langit yang menempatkan pejabat Ketua Minoriti Senat Chuck Schumer dan Senator Kirsten Gillibrand.
Kira-kira 200 orang dilaporkan menyertai demonstrasi itu
Mereka cuba memasuki lobi bangunan secara paksa namun dihalang pengawal keselamatan, sebelum berhimpun di pintu masuk bangunan.
Menurut laporan, sebahagian daripada mereka bertindak menghalang jalan berhampiran, sekali gus mendorong campur tangan polis.
Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan korban awam.
Iran kemudian melancarkan serangan balas ke atas wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#AS
#New York
#polis
#protes
#bekalan
#senjata
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan