awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Import, eksport November dijangka susut - RAM

Bernama
Bernama
02/01/2020
10:37 MYT
Import, eksport November dijangka susut - RAM
RAM turut menyifatkan kelonggaran cukai tersebut turut memaparkan hala tuju pengurangan lencongan potensi perdagangan yang dinikmati Malaysia. - Gambar hiasan
Jumlah import dan eksport Malaysia dijangka menguncup masing-masing 4.7 peratus dan 4.4 peratus pada November yang menyebabkan berlakunya lebihan dagangan sebanyak RM8.3 bilion bagi tempoh tersebut.
Menurut RAM Rating Services Bhd, penurunan itu lebih perlahan berbanding penurunan masing-masing 8.7 peratus dan 6.7 peratus pada Oktober berikutan kesuraman berterusan akibat kadar perdagangan dan permintaan global yang kurang memberangsangkan.
"Perkembangan membabitkan persetujuan fasa pertama antara Amerika Syarikat-China juga telah meredakan kebimbangan berlanjutan mengenai penyusutan perdagangan global.
"Walaupun Washington mahupun Beijing masih belum memuktamadkannya secara rasmi, namun kedua-dua belah pihak telah bertindak menangguhkan cukai yang dijadualkan pada 15 Disember selain bertindak mengurangkan cukai sedia ada membabitkan barangan tertentu," kata RAM dalam satu kenyataan, hari ini.
RAM turut menyifatkan kelonggaran cukai tersebut turut memaparkan hala tuju pengurangan lencongan potensi perdagangan yang dinikmati Malaysia.
Malah, langkah Amerika Syarikat mengurangkan cukai barangan tertentu pada 1 Sept, 2019, juga mungkin menggalakkan peningkatan semula pembelian produk China yang sebelum ini telah dialihkan ke pasaran lain.
"Malaysia merupakan antara penerima manfaat itu bersandarkan daya saingnya dalam pengeluaran kumpulan barangan tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#ekonomi
#eksport
#import
#lebihan dagangan
#Malaysia
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan