awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama

Bernama
Bernama
07/04/2026
01:02 MYT
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, namun mengukuh berbanding mata wang utama lain, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.0245/0360 berbanding dolar AS, hampir tidak berubah daripada paras 4.0245/0320 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rundingan berterusan antara AS dan Iran memberi sedikit harapan kepada pengurangan ketegangan, namun hakikatnya keadaan masih tidak menentu.
“Setakat ini, Indeks Dolar AS kekal di bawah paras 100 mata pada sekitar 99.981, manakala indeks perkhidmatan ISM AS susut kepada 54.0 pada Mac daripada 56.1 sebelumnya, dengan subindeks pekerjaan turut merosot kepada 45.2 daripada 51.8,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ringgit ditutup 0.10 peratus lebih tinggi pada paras 4.0282 berbanding dolar AS pada Isnin.
“Dalam keadaan tidak menentu ini, ringgit dijangka diniagakan dalam julat sempit sekitar 4.02 hingga 4.04 hari ini,” katanya.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5200/5274 daripada 2.5241/5290 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.6443/6575 daripada 4.6483/6570, serta naik berbanding pound Britain kepada 5.3252/3404 daripada 5.3305/3404.
Ringgit, bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1317/1409 daripada 3.1346/1407 ketika ditutup pada Isnin, serta naik sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.3504/3933 daripada 12.3831/4138.
Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 236.2/237.0 daripada 236.2/236.8, dan peso Filipina pada 6.70/6.73 berbanding 6.70/6.72 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan