awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis

Astro AWANI
Astro AWANI
07/04/2026
11:03 MYT
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Nahas itu dilaporkan berlaku kira-kira 7 pagi waktu tempatan di lintasan rata antara Béthune dan Lens, dalam wilayah Pas-de-Calais. -Foto X@Agronaut
Seorang pemandu kereta api berkelajuan tinggi (TGV) maut manakala dua penumpang cedera parah selepas tren berkenaan merempuh sebuah trak yang membawa peralatan tentera di utara Perancis, hari ini.
Nahas itu dilaporkan berlaku kira-kira 7 pagi waktu tempatan di lintasan rata antara Béthune dan Lens, dalam wilayah Pas-de-Calais.
Difahamkan, tren TGV yang membawa 243 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Dunkirk menuju ke Paris ketika kemalangan berlaku di kawasan Bully-les-Mines.
Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, selain dua mangsa yang berada dalam keadaan kritikal, 11 individu lain mengalami kecederaan ringan.
Jumlah kecederaan itu lebih rendah daripada laporan awal yang menyebut seramai 27 orang cedera, sebelum angka berkenaan dikemas kini selepas penilaian lanjut di lokasi kejadian.
Seorang jurucakap wilayah mengesahkan bahawa trak yang terlibat sedang mengangkut kenderaan atau peralatan tentera, manakala pemandu lori terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan.
Susulan kejadian itu, Menteri Pengangkutan Perancis, Philippe Tabarot, bersama Ketua Pegawai Eksekutif SNCF, Jean Castex, dilaporkan ke lokasi bagi meninjau situasi serta operasi tindak balas kecemasan.
Operator kereta api kebangsaan SNCF memaklumkan bahawa semua perkhidmatan rel antara Béthune dan Lens digantung sekurang-kurangnya sehingga lewat hari ini bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemeriksaan struktur dijalankan.
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan bahagian hadapan tren TGV mengalami kerosakan teruk dan sebahagiannya terkeluar dari landasan akibat impak perlanggaran yang kuat.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa Perancis.
Topic Berkaitan
#Perancis
#tgv
#SNCF
#kemalangan tren
#lintasan rata
#trak tentera
#Pas-de-Calais
#Dunkirk
#Paris
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan