awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia terkandas di pelabuhan, enam dalam perjalanan - PM Anwar
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Min Aung Hlaing angkat sumpah sebagai presiden baharu Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 

Admin
Admin
10/04/2026
04:07 MYT
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
Menurut Daren, Zii Jia kini memberikan tumpuan penuh terhadap program latihan yang lebih intensif bagi memastikan momentum prestasinya terus kekal. - Gambar fail/Bernama
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kembali berada pada tahap terbaik apabila disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan, sekali gus mencapai tahap kecergasan 100 peratus untuk menggalas cabaran negara sekiranya dipanggil memperkuat skuad bagi Piala Thomas 2026.
Jurulatihnya, Liew Daren berkata pemain itu bukan sahaja bebas daripada sebarang isu fizikal, malah kini memberikan tumpuan penuh terhadap program latihan yang lebih intensif bagi memastikan momentum prestasinya terus kekal.
“Ya, dia (Zii Jia) sudah 100 peratus pulih sepenuhnya (daripada kecederaan buku lali),” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini hari ini.
Beliau berkongsi impak positif sudah dapat dilihat seawal sesi latihan kedua bersama pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas latihan pertama pada Rabu lepas.
Mengulas mengenai tawaran pemeriksaan kesihatan daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang diutarakan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Datuk Lee Chong Wei sebelum ini, beliau menzahirkan penghargaan atas keprihatinan yang diberikan.
Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki skuad kebangsaan, K. Yogendran yang mengendalikan latihan pemain ranking ke-83 dunia itu di ABM berkata beliau dapat melihat komitmen tinggi dipamerkan Zii Jia dalam setiap sesi latihan.
“Yang penting persekitaran dan program latihan berjalan lancar. Itu paling penting sebab kita saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Beliau turut mengakui kehadiran Zii Jia di ABM memberikan manfaat kepada pemain muda yang menjadikan pemain berkenaan sebagai sumber inspirasi.
“Saya berpendapat ia sebenarnya memberikan manfaat kepada semua pihak, manfaat kepada Zii Jia dan pemain muda, serta badminton Malaysia. Itu yang paling penting,” katanya.
Piala Thomas 2026 dijadual berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan
#BAM
#ABM
#badminton
#Lee Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan