awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Bharatanatyam: Antara seni dan saintifik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia selamat lepasi Selat Hormuz - PM Anwar

Bernama
Bernama
10/04/2026
07:52 MYT
Konflik Asia Barat: Satu kapal Malaysia selamat lepasi Selat Hormuz - PM Anwar
Anwar (foto) berkata enam lagi kapal sedang mendapatkan kelulusan dan menunggu giliran untuk melalui laluan perdagangan penting itu. -Gambar Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan satu daripada tujuh kapal yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz telah selamat melepasi kawasan perairan itu dan kini sedang menuju ke Malaysia.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, enam lagi kapal telah mendapat kelulusan dan sedang menunggu giliran untuk melalui laluan perdagangan penting itu.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi taklimat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz hari ini.
"Dengan ini, kita harap, Insya-ALLAH, bekalan minyak bagi April dan Mei dalam keadaan yang sangat terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, di sini, pada Jumaat.
Laluan melalui Selat Hormuz, sebuah laluan sempit strategik yang menyaksikan 20 peratus daripada minyak mentah dan gas dunia melaluinya, terjejas berikutan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas wilayah serta kemudahan Iran sejak 28 Feb lepas.
Gangguan itu menyebabkan kekurangan bahan api dan mendorong kenaikan harga minyak, sekali gus mengakibatkan kesan ekonomi yang lebih meluas.
Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan sedang mengkaji langkah bagi mengurangkan tekanan dan bebanan pihak terkesan susulan kenaikan harga diesel.
"Kalau melibatkan soal peladang, petani dan nelayan itu telah dibantu (diberikan subsidi) tetapi kalau bidang-bidang lain...beberapa kementerian sedang mengkaji untuk mengurangkan tekanan kepada mereka," katanya.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mempertahankan harga RON95 menerusi inisiatif BUDI95 walaupun tekanan kewangan semakin membebankan.
Beliau berkata, keutamaan kerajaan adalah mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi krisis tenaga global pada masa ini.
Bagaimanapun, Anwar memohon rakyat bersama-sama kerajaan dalam menempuh tempoh mencabar ini dengan mengamalkan sikap berjimat cermat.
"Kalau pun ada ruang untuk 200 liter (kuota bahan api menerusi BUDI95) tak semestinya kita guna (sepenuhnya). Maknanya ada sumbangan iaitu setiap orang bertanggungjawab menyelamatkan ekonomi negara dan rakyat," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri merafak sembah penghargaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan membenarkan khutbah Jumaat di Selangor menjelaskan mengenai krisis tenaga serta mengajak umat Islam menunaikan solat hajat untuk kesejahteraan negara. - Bernama
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#konflik Asia Barat
#Petronas
#kapal Malaysia
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan