awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan

Bernama
Bernama
07/04/2026
11:00 MYT
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Gan Kim Yong berkata, konflik global yang berterusan dijangka memberi tekanan ke atas aktiviti ekonomi Singapura pada suku-suku akan datang.
Singapura menjangkakan pertumbuhan ekonominya terjejas pada suku-suku akan datang susulan konflik berterusan di Asia Barat, dengan inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi pada 2026, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong.
Beliau berkata walaupun data awal menunjukkan aktiviti ekonomi republik itu kekal berdaya tahan pada suku pertama 2026, disokong oleh momentum pertumbuhan yang kukuh dari suku keempat 2025, konflik global yang berterusan dijangka memberi tekanan ke atas aktiviti ekonomi pada suku-suku akan datang.
“Pada Februari tahun ini, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menaik taraf unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura bagi 2026 kepada antara dua dan empat peratus.
“Bagaimanapun, pertumbuhan pada suku-suku akan datang berkemungkinan terjejas akibat konflik yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan peringkat menteri berhubung impak situasi di Asia Barat terhadap Singapura di Parlimen pada Selasa.
Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura menegaskan bahawa situasi di Asia Barat telah menjejaskan beberapa sektor penting di republik itu berikutan kenaikan harga tenaga dan komoditi global.
Kesan sektoral itu akan terus membebankan aktiviti ekonomi, walaupun tahap impaknya masih belum dapat dipastikan memandangkan konflik berkenaan masih berlangsung, kata beliau.
Singapura merupakan pengimport tenaga bersih, dengan 95 peratus tenaga elektriknya dijana daripada gas asli dan lonjakan harga minyak serta gas asli global pasti akan meningkatkan kos bahan api dan elektrik di republik itu.
“Sehubungan itu, kita perlu menjangkakan kenaikan yang jauh lebih mendadak dalam pelarasan tarif seterusnya, yang akan mencerminkan sepenuhnya kos bahan api yang lebih tinggi.
“Kenaikan kos ini akan menyumbang kepada inflasi yang lebih meluas di Singapura. Oleh itu, kami kini menjangkakan inflasi keseluruhan Singapura pada 2026 akan lebih tinggi daripada unjuran sebelumnya,” kata Gan.
Dalam pada itu, beliau menegaskan krisis yang berterusan mungkin terus memberi tekanan kepada isi rumah berikutan kenaikan kos elektrik, pengangkutan dan barangan keperluan harian.
“Isi rumah berpendapatan rendah akan lebih terjejas kerana sebahagian besar perbelanjaan mereka akan disalurkan untuk barangan keperluan asas.
“Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) akan mengambil kira perkembangan ini dalam penilaian terkini mereka mengenai unjuran inflasi yang akan datang, yang akan diumumkan pada 14 April,” tambah Gan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Asia Barat
#konflik
#ekonomi
#Inflasi
#MTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan