awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama

Bernama
Bernama
08/05/2024
21:15 MYT
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
Mohd Uzir menekankan bahawa subsektor lain, seperti pendidikan (0.8 peratus) dan aktiviti hartanah (0.6 peratus) juga mengalami sedikit peningkatan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata semua subsektor mencatatkan pertumbuhan pada S1 2024, kecuali indeks pengangkutan yang kekal tidak berubah.
"Subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi menyaksikan peningkatan 7.5 peratus (S4 2023: 5.5 peratus), disumbangkan oleh peningkatan 2.1 peratus dalam aktiviti hiburan dan rekreasi lain.
"Sementara itu indeks penginapan, aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 2.5 peratus (S4 2023: 3.4 peratus) disebabkan peningkatan dalam aktiviti perkhidmatan minuman (3.3 peratus) dan restoran serta aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (2.8 peratus)," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Uzir menekankan bahawa subsektor lain, seperti pendidikan (0.8 peratus) dan aktiviti hartanah (0.6 peratus) juga mengalami sedikit peningkatan.
Selain itu, indeks kesihatan dan profesional kedua-duanya meningkat sebanyak 0.2 peratus, diikuti oleh indeks maklumat dan komunikasi sebanyak 0.1 peratus.
"Perbandingan suku ke suku menunjukkan IHPRP meningkat 0.3 peratus berbanding 0.1 peratus suku sebelumnya, disumbangkan oleh indeks pengangkutan (0.7 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.5 peratus), pendidikan (0.3 peratus) dan kesenian, hiburan serta rekreasi (0.2 peratus).
"Pada masa yang sama, subsektor lain iaitu aktiviti hartanah, kesihatan, maklumat dan komunikasi serta profesional merekodkan kenaikan sebanyak 0.1 peratus," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Harga Pengeluar
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#aktiviti hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan