awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iProperty ambil alih Smart Expo pada A$2.85 Juta

Bernama
Bernama
16/01/2013
05:05 MYT
iProperty ambil alih Smart Expo pada A$2.85 Juta
iProperty Group Ltd, rangkaian gerbang hartanah paling utama Asia, pada Rabu mengumumkan untuk mengambil alih Smart Expo pada harga A$2.85 juta, dengan menyasarkan pasaran pengiklanan pemaju hartanah bernilai tinggi.
Ini akan termasuk pembayaran awal A$1.71 juta sebaik selesai dan diikuti oleh A$0.19 juta, enam bulan selepas selesai.
"Pengambilalihan itu akan melengkapi perniagaan pameran iProperty Group sedia ada, iaitu yang terbesar di rantau ini pada masa ini dan menyediakan kami dengan pemaju tambahan sebagai pelanggan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Shaun Di Gregorio.
Perjanjian untuk mengambil alih Smart Expo itu adalah sejajar dengan strategi masing-masing untuk bekerjasama dengan para pemaju di rantau ini yang menjana 77 peratus daripada pengiklanan hartanah secara keseluruhan di dalam pasaran mereka beroperasi, katanya dalam satu kenyataan.
Smart Expo, yang berpangkalan di Hong Kong, adalah pengendali pameran hartanah kedua terbesar di rantau ini.
Tahun lepas, Smart Expo menjadi hos kepada para pemaju hartanah di lima pameran hartanah, dengan melaksanakan dua pameran di Hong Kong, dua di Singapura dan satu di Pukat, dengan penyertaan 140 pemaju utama hartanah.
Lima pameran hartanah itu akan menjadikan sembilan pameran hartanah yang diadakan oleh iProperty Group pada tahun lepas.
Topic Berkaitan
#iProperty Group Ltd
#Smart Expo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan