awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion Jan hingga Sept 2024

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/10/2024
13:50 MYT
Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion Jan hingga Sept 2024
Anwar (tengah) mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada Khamis. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion, dengan pelaburan direalisasikan berjumlah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya ketika mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada Khamis.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat turut membincangkan isu-isu berbangkit berhubung halatuju dan inisiatif yang telah digariskan bagi Iskandar Malaysia.
"Ia termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan memberi anjakan kepada ekonomi negara.
"Mengambil contoh ikhtiar pewujudan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor, saya tekankan kepentingan keberkesanan pelaksanaan dari segi proses dan tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan selaras dengan strategi kerajaan dalam memudahcara perniagaan," katanya dalam kemas kini di laman sosial hari ini.
Perdana Menteri menambah, dalam konteks Johor, pelbagai projek baharu dan sambungan yang diumumkan melalui Belanjawan 2025 perlu disambut dengan pelaksanaan segera dan berkesan.
Selain itu, ujar beliau Johor juga perlu memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 memandangkan beberapa mesyuarat akan dianjurkan di negeri tersebut.
"Natijahnya, limpahan manfaat hanya akan dapat dirasai melalui perancangan dan pelaksanaan yang bersepadu dan berkesan," kata Anwar.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Iskandar Malaysia
#Belanjawan 2025
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan