awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah bekalan tenaga primer meningkat 2.8 peratus - NEB

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2021
09:01 MYT
Jumlah bekalan tenaga primer meningkat 2.8 peratus - NEB
Abdul Razib Dawood berkata, jumlah bekalan tenaga primer yang didaftarkan sebanyak 98,609 kilo tan minyak setara (ktoe) dan semua bahan api mencatatkan peningkatan kecuali arang batu.
KUALA LUMPUR: Jumlah bekalan tenaga primer meningkat sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Abdul Razib Dawood berkata, jumlah bekalan tenaga primer yang didaftarkan sebanyak 98,609 kilo tan minyak setara (ktoe) dan semua bahan api mencatatkan peningkatan kecuali arang batu.
Menurutnya, arang batu menunjukkan pertumbuhan negatif sebanyak 5.5 peratus berikutan import galian itu yang rendah pada 2019 berbanding tahun sebelumnya terutama di Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, gas asli mempunyai bahagian terbesar sebanyak 42 peratus, diikuti minyak mentah, produk petroleum dan lain-lain (33.3 peratus), arang batu dan kok (21.4 peratus), manakala tenaga boleh diperbaharui (3.4 peratus).
"Bekalan tenaga primer meningkat kepada 98,609 ktoe, menyaksikan peningkatan 2.8 peratus berbanding tahun lalu, tahun lalu yang saya maksudkan merujuk kepada tahun 2018," katanya pada sesi taklimat bersama media mengenai imbangan tenaga nasional (NEB) 2019, pada Isnin.
NEB meliputi tiga bidang utama iaitu bekalan tenaga, transformasi tenaga dan penggunaan tenaga untuk semua jenis bahan api termasuk gas asli, minyak mentah, petroleum, arang batu dan kok, elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.
Dalam pada itu, Abdul Razib menjelaskan, bukan semua tenaga primer boleh digunakan secara langsung dalam bentuk bahan mentah kerana ada yang terpaksa menjalani penukaran atau proses transformasi untuk menukar kepada tenaga sekunder yang boleh digunakan dalam sistem tenaga.
“Misalnya, minyak mentah dalam bentuk tenaga utamanya tidak boleh digunakan. Ia mesti ditapis di loji penapisan untuk menukarnya kepada bahan api yang boleh digunakan seperti petrol dan diesel yang mana kebanyakannya digunakan dalam kenderaan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#NEB
#arang batu
#gas asli
#bekalan tenaga primer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan