awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: 55 penerbangan dibatalkan, sektor penerbangan tertekan

Pia Ernadya
Pia Ernadya
14/04/2026
10:34 MYT
Konflik Asia Barat: 55 penerbangan dibatalkan, sektor penerbangan tertekan
Akmal Nasir berkata impak yang lebih ketara dijangka dapat dilihat dalam pasaran buruh pada suku kedua 2026.- Fail Bernama

Sebanyak 55 penerbangan mingguan melibatkan enam syarikat penerbangan dibatalkan bagi tempoh 23 hingga 28 Mac 2026, sekali gus menandakan tekanan mula dirasai sektor penerbangan dan pelancongan susulan konflik di Asia Barat.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketibaan pelancong bagi tempoh 1 hingga 25 Mac turut mencatatkan penurunan, dengan unjuran penyusutan penumpang penerbangan dari Asia Barat sebanyak 1.5 juta orang bagi tahun 2026.

“Tekanan sudah mula muncul tetapi belum menjadi gangguan menyeluruh kepada ekonomi domestik.

“Daripada data yang dikemas kini, pergerakan pengangkutan laut dan darat masih relatif stabil, khususnya bagi pengendalian kargo serta pergerakan penumpang pengangkutan awam.

“Namun begitu, sektor penerbangan dan pelancongan sudah menunjukkan tanda tekanan,” beliau berkata demikian dalam Taklimat Krisis Tenaga Global pada Selasa.

Ujarnya, impak yang lebih ketara dijangka dapat dilihat dalam pasaran buruh pada suku kedua 2026, khususnya bermula Jun sekiranya konflik berlarutan.

Beliau menjelaskan, keadaan itu menunjukkan wujudnya kesan lengah (lag effect) apabila tekanan kos pada masa ini hanya akan memberi kesan terhadap pekerjaan dan pendapatan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan akan datang.

“Jumlah kehilangan pekerja keseluruhan menurun dari Januari ke minggu pertama April, sekali gus menunjukkan krisis ini mempunyai kesan lengah.

“Hari ini kita melihat tekanan kos, beberapa minggu atau bulan kemudian, barulah kita melihat tekanan terhadap pekerjaan dan pendapatan,” ujarnya.

Justeru itu, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sedang meneliti langkah mitigasi bersesuaian bagi mengurangkan keresahan serta impak terhadap ekonomi semasa.

Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Malaysia
#Kementerian Ekonomi
#sektor penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan