awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

Bernama
Bernama
20/01/2022
04:44 MYT
Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM
Pada jam 4 petang, BNM akan menguruskan sehingga RM36.6 bilion tender semalaman konvensional dan RM18.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah.
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan bernilai RM41.32 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.98 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan mengendalikan pasaran wang lelongan julat tempoh matang (RMA) sebanyak RM5 bilion selama empat hingga 32 hari, serta satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM4.4 bilion selama tujuh hingga 32 hari.
Ia juga akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM780 juta selama 32 hari dan RM500 juta selama 365 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada jam 4 petang, BNM akan menguruskan sehingga RM36.6 bilion tender semalaman konvensional dan RM18.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#tender semalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan