awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju

Bernama
Bernama
09/04/2026
12:52 MYT
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Lapangan terbang turut mengeluarkan amaran tahap “waspada” bagi membantu penumpang terkandas dipindahkan ke tempat penginapan. - Gambar hiasan
Angin kencang dan hujan lebat melanda Pulau Jeju di selatan Korea Selatan pada Khamis, menjejaskan operasi penerbangan dan menyebabkan ribuan penumpang terkandas, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa.
Amaran angin kencang telah dikeluarkan di seluruh pulau itu apabila kelajuan angin maksimum mencecah 28.9 meter sesaat di Pulau Udo dan 27.2 meter sesaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, menurut kerajaan wilayah dan Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).
Sehingga 7 malam, sebanyak 246 penerbangan telah dibatalkan, termasuk 12 laluan antarabangsa, manakala 83 penerbangan lagi mengalami kelewatan.
Berikutan amaran ombak tinggi, semua perkhidmatan feri penumpang antara Jeju dan pulau berhampiran telah digantung.
Kerosakan kemudahan serta kejadian penduduk terputus hubungan dengan kawasan lain turut dilaporkan di seluruh wilayah itu.
Sebagai tindak balas, kerajaan wilayah Jeju mengaktifkan sistem respons kecemasan Tahap 1 pada awal hari berkenaan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju turut mengeluarkan amaran tahap “waspada” bagi membantu penumpang terkandas dipindahkan ke tempat penginapan serta mengambil pelbagai langkah keselamatan lain.
Agensi cuaca itu memberi amaran hujan lebat antara 20 hingga 30 milimeter sejam dijangka berterusan sehingga awal Jumaat, selain menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap keselamatan kemudahan dan kemungkinan berlakunya kemalangan.
-- BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Jeju
#penerbangan
#penumpang
#penerbangan ditunda
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan