awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kara Barista Coconut Milk, revolusi gabungan aroma kopi, rasa tropika kelapa

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
20/11/2025
03:15 MYT
Kara Barista Coconut Milk, revolusi gabungan aroma kopi, rasa tropika kelapa
(Dari kiri) Doktor Perubatan, Dr Say; Pengarah, Chow; Pengarah, Susanto; Ketua Pemasaran Kara, Jessi Choong; Barista Profesional, Shaun Liew; dan Penyanyi Selebriti, Syamel. - Foto Kara Malaysia
SHAH ALAM: Ketika gabungan rasa kopi dan tropika semakin menjadi pilihan pengguna, Kara Malaysia melancarkan inovasi terbaharu mereka, Kara Barista Coconut Milk - formulasi berasaskan tumbuhan yang direka khas untuk barista dan pencinta kopi yang mengutamakan pilihan lebih ringan, berkrim dan sihat tanpa menjejaskan rasa.

Ringkasan AI
  • Kara Barista Coconut Milk direka khas untuk barista dan pencinta kopi yang mahukan alternatif tenusu bebas kolesterol dan sesuai untuk intoleransi laktosa.
  • Produk ini dibangunkan bersama barista terkenal Shaun Liew, dengan fokus pada kestabilan buih, tekstur halus dan rasa seimbang untuk latte art.
  • Dilancarkan di Pesta Kopi Kara, produk ini disertai kempen "From Tree to Cup" dan sesuai digabungkan dalam pelbagai resipi moden.

Menurut Ketua Pemasaran Kara Malaysia, Jessi Choong, produk ini dibangunkan bagi memenuhi permintaan terhadap alternatif tenusu bebas kolesterol dan sesuai untuk individu yang mengalami intoleransi laktosa.
Sesi bergambar beramai-ramai di Majlis pelancaran Kara Barista Coconut Milk. - Foto Kara Malaysia
Sesi bergambar beramai-ramai di Majlis pelancaran Kara Barista Coconut Milk. - Foto Kara Malaysia
Ketua Pemasaran Kara Malaysia, Jessi Choong menekankan Kara Barista Coconut Milk adalah alternatif yang sesuai untuk semua golongan. - Foto Kara Malaysia
Ketua Pemasaran Kara Malaysia, Jessi Choong menekankan Kara Barista Coconut Milk adalah alternatif yang sesuai untuk semua golongan. - Foto Kara Malaysia
“Teksturnya halus dan sangat ideal untuk menghasilkan latte art, sambil mengekalkan rasa asli kelapa dan kopi,” katanya semasa majlis pelancaran produk tersebut.
Barista profesional terkemuka tanah air, Shaun Liew, ketika sesi demonstrasi pembuatan minuman berasaskan kopi dengan menggunakan Kara Barista Coconut Milk. - Foto Kara Malaysia
Barista profesional terkemuka tanah air, Shaun Liew, ketika sesi demonstrasi pembuatan minuman berasaskan kopi dengan menggunakan Kara Barista Coconut Milk. - Foto Kara Malaysia
Kara turut menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang teliti, dengan kerjasama barista profesional terkenal, Shaun Liew, bagi memastikan kestabilan buih, tekstur dan keseimbangan rasa yang optimum apabila digabungkan dengan espresso.
Pelancaran ini dilihat tepat pada waktunya, sejajar dengan perkembangan pesat budaya kopi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Jessi menambah, “Pengguna kini lebih cenderung memilih alternatif susu yang lebih ringan, berkrim dan sihat. Ini peluang untuk Kara tampil dengan pilihan premium yang memenuhi keperluan barista moden.”
Majlis pelancaran yang berlangsung di Pesta Kopi Kara, Shah Alam, turut diserikan dengan kempen “Kara, From Tree to Cup” - meraikan perjalanan warisan kelapa dari pulau tropika ke dalam gaya hidup moden pengguna.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena pelancaran Kara Barista Coconut Milk. - Foto Kara Malaysia
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena pelancaran Kara Barista Coconut Milk. - Foto Kara Malaysia
Produk ini juga sesuai digabungkan dengan pelbagai resipi lain seperti matcha, teh moden, minuman sejuk dan pencuci mulut.
Kara Barista Coconut Milk sesuai juga digabungkan dengan pelbagai resipi lain termasuk, Matcha. - Foto Kara Malaysia
Kara Barista Coconut Milk sesuai juga digabungkan dengan pelbagai resipi lain termasuk, Matcha. - Foto Kara Malaysia
Jenama kopi terkenal seperti HWC Coffee, Curate, Pintea, Kee Nguyen dan Kopihut turut mengambil bahagian, mempamerkan kreativiti mereka dalam menghasilkan minuman berasaskan Kara Barista Coconut Milk. Acara turut dimeriahkan dengan aktiviti interaktif, permainan dan persembahan istimewa oleh penyanyi Syamel.
Antara reruai jenama kopi terkenal tanah air sempat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menggabungkan Kara Barista Coconut Milk dengan pelbagai menu minuman. - Foto Kara Malaysia
Antara reruai jenama kopi terkenal tanah air sempat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menggabungkan Kara Barista Coconut Milk dengan pelbagai menu minuman. - Foto Kara Malaysia
Kara yakin inovasi ini mampu membuka lembaran baharu dalam dunia kopi tempatan, khususnya bagi pengguna yang mengutamakan kesihatan tanpa mengorbankan rasa dan kualiti.
Topic Berkaitan
#Kara Barista Coconut Milk
#kopi
#kelapa
#seni latte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan