awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah bentang Bajet 2017 berjumlah RM1.06 bilion

Bernama
Bernama
13/11/2016
02:46 MYT
Kedah bentang Bajet 2017 berjumlah RM1.06 bilion
Bajet 2017 berpaksikan empat strategi utama iaitu meningkatkan perolehan dan perbelanjaan hasil secara cekap dan berhemah, menambah nilai selain meneroka potensi ekonomi baharu. - Gambar hiasan
Kedah membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM1.06 bilion dengan defisit RM75.5 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM734.7 juta.
Bertemakan 'Muafakat Memacu Ekonomi, Menggilap Potensi Negeri', bajet yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu memperuntukan RM810.1 juta sebagai perbelanjaan mengurus dan RM256.4 juta perbelanjaan pembangunan.
"Ini berbeza dengan Bajet 2016 yang mencatatkan defisit sebanyak 14.9 peratus dengan jumlah RM107.8 juta. Bermakna untuk Bajet 2017, defisit telah berjaya dikurangkan sebanyak 4.63 peratus.
"Bagi menjadikan perbelanjaan pembangunan 2017 memenuhi sasaran terutama mengisi keperluan sebenar masyarakat B-40, maka sasaran perbelanjaan dijangka dapat dicapai sekurang-kurangnya 90 peratus daripada keseluruhan anggaran untuk 2017," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Bajet itu, katanya berpaksikan empat strategi utama iaitu meningkatkan perolehan dan perbelanjaan hasil secara cekap dan berhemah, menambah nilai selain meneroka potensi ekonomi baharu, mencergaskan aktiviti ekonomi rakyat, dan menangani isu kebajikan rakyat berbilang kaum melalui langkah yang betul.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#Bajet 2017
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan