awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin

Bernama
Bernama
06/04/2026
12:46 MYT
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Datuk Dr Sani Abdul Alim Al-Arabi berkata kekuatan sebenar misi kemanusiaan ketika ini terletak pada kesatuan rakyat dan sokongan antarabangsa yang semakin meluas. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Ketegangan di rantau Asia Barat ketika ini membuka ruang strategik untuk meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Israel, tatkala solidariti global ke atas Palestin semakin kukuh.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Sani Abdul Alim Al-Arabi berkata situasi melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat tidak seharusnya menghalang misi kemanusiaan untuk diteruskan.
“Kalau kita lihat dari satu sudut, Israel sedang diserang oleh Iran dan sekiranya kita berdiam diri untuk tidak mengambil peluang ini, saya rasa itu adalah satu kerugian yang sangat besar,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, pada Isnin.
Tambah beliau, perubahan naratif global sewaktu ini memberi kelebihan apabila semakin banyak negara mula menunjukkan pendirian lebih tegas terhadap Israel.
"Ini termasuk merenggangkan hubungan diplomatik dan menyokong perjuangan Palestin di pentas antarabangsa selepas menyaksikan 'kegilaan' Israel dan Amerika Syarikat," jelas Sani.
Dalam konteks itu, pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 merupakan manifestasi momentum global berkenaan.
Ketika ini, penyertaan GSF 2.0 meningkat kepada kira-kira 100 negara berbanding hanya 44 pada tahun sebelumnya.
Jelas Sani Arabi, sekitar 70 kapal dalam misi Sumud Flotilla 2.0 akan menjadi instrumen penting meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Israel.
"Selain iu, satu persidangan parlimen antarabangsa di Brussels akan diadakan untuk mengukuhkan sokongan politik di Eropah.
"Seterusnya satu petisyen bakal difailkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi menuntut keadilan terhadap jenayah yang berlaku di Gaza serta insiden penculikan melibatkan misi kemanusiaan sebelum ini," kata Sani Arabi.
Katanya lagi, kekuatan sebenar misi kemanusiaan ini terletak pada kesatuan rakyat dan sokongan antarabangsa yang semakin meluas.
Topic Berkaitan
#Majlis Perundingan Islam Malaysia
#Datuk Dr Sani Abdul Alim Al-Arabi
#misi kemanusiaan
#Palestin
#konflik Asia Barat
#kekejaman rejim zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan