awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Bintang muay thai dunia, Rodtang berdepan saman dari ONE Championship
UCL: Cuba lagi Liverpool, Barcelona

Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman

Bernama
Bernama
14/04/2026
16:14 MYT
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
Menurut kertas pertuduhan, warga Rohingya dan Bangladesh dibawa secara haram ke Malaysia dengan bot, namun ia tenggelam akibat cuaca buruk. - Gambar Agensi

Sebuah bot yang membawa lebih 250 migran Rohingya dan Bangladesh tanpa dokumen dilaporkan tenggelam di Laut Andaman selepas berlepas dari kawasan pantai Cox’s Bazar baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik pihak polis.

Kejadian itu terbongkar selepas sebuah kapal Bangladesh menyelamatkan sembilan individu dari Lautan Hindi pada 9 April dan menyerahkan mereka kepada polis Bangladesh, kata Ketua Balai Teknaf, Saiful Islam kepada AA.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan jumlah tepat penumpang di atas bot itu, hanya menyatakan jumlah yang terlibat “ramai.”
Daripada sembilan yang diselamatkan, enam dipercayai penyeludup manusia dan dipenjarakan, katanya.
Satu kes difailkan di Balai Polis Model Teknaf berhubung kejadian itu.
Menurut kertas pertuduhan, warga Rohingya dan Bangladesh dibawa secara haram ke Malaysia dengan bot, namun ia tenggelam akibat cuaca buruk.
Seorang mangsa terselamat etnik Rohingya, Rafiqul Islam memberitahu akhbar tempatan The Daily Star, kira-kira 280 orang berada di atas bot itu, termasuk 13 kru dan penyeludup.
Daripada jumlah itu, kira-kira 150 adalah Rohingya manakala selebihnya warga Bangladesh.
Rafiqul mendakwa, antara 25 hingga 30 orang meninggal dunia akibat sesak nafas dan kesesakan.
Bot itu akhirnya terbalik selepas dilanda ombak besar, katanya.
Sebelum ini, Pengawal Pantai Bangladesh memaklumkan, sebuah kapal berbendera Bangladesh dalam perjalanan dari Chattogram ke Indonesia menyelamatkan sembilan individu berhampiran Kepulauan Andaman pada 9 April.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa, Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) di Bangladesh menyatakan, tragedi ini mencerminkan kesan buruk perpindahan berpanjangan serta ketiadaan penyelesaian jangka panjang bagi komuniti Rohingya.
“Kami menggesa komuniti antarabangsa untuk meningkatkan solidariti dan meneruskan pembiayaan bagi menyokong bantuan menyelamatkan nyawa untuk pelarian Rohingya di Bangladesh serta komuniti tuan rumah,” menurut kenyataan itu.
Bangladesh kini menempatkan kira-kira 1.3 juta Rohingya, kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar pada Ogos 2017 dan tinggal di kem yang sesak di Cox’s Bazar.
Sejak itu, tiada pemulangan rasmi berlaku ekoran tentangan junta tentera Myanmar, menyebabkan komuniti Rohingya di Bangladesh semakin tertekan.
Keadaan ini turut memaksa mereka mengambil risiko perjalanan di laut berbahaya bagi menamatkan kehidupan sebagai pelarian.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Laut Andaman
#BOT TENGGELAM
#migran
#Rohingya
#penyeludupa manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.