awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2026
00:56 MYT
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Pasukan polis dan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembakan di sebuah sekolah di Siverek, wilayah Sanliurfa, Turkiye, 14 Apr 2026. REUTERS
Seramai 16 individu tercedera apabila seorang bekas pelajar melepaskan tembakan di sebuah sekolah di wilayah tenggara Turkiye pada Selasa, lapor BBC.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan di Sekolah Menengah Vokasional dan Teknikal Anatolia Ahmet Koyuncu di daerah Siverek.
Gabenor tempatan, Hasan Sildak berkata, penyerang yang dipercayai berusia lewat belasan tahun melepaskan tembakan secara rambang menggunakan senapang patah.
Katanya, lelaki terbabit bagaimanapun bertindak membunuh diri selepas dikepung polis.
Tambah beliau, mangsa yang cedera melibatkan 10 pelajar, empat guru, seorang pekerja kafeteria dan seorang anggota polis.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital, dengan lima daripadanya kemudian dipindahkan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Motif serangan masih belum diketahui dan siasatan telah dijalankan.
Sildak turut memaklumkan bahawa penyerang tidak mempunyai rekod jenayah dan sekolah berkenaan sebelum ini dianggap selamat oleh pihak polis.
Insiden tembakan di sekolah jarang berlaku di Turkiye. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tembakan
#sekolah
#bekas pelajar
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan