awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Petronas-ADNOC pamer keupayaan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
06/12/2022
02:50 MYT
Kerjasama Petronas-ADNOC pamer keupayaan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan menyaksikan majlis menandatangani MoU. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Pemeteraian Kerjasama antara Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) menunjukkan keupayaan syarikat-syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, ia juga mencerminkan hubungan rapat dua hala perdagangan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta meningkatkan lagi silaturahim kedua-dua buah negara.
"Alhamdulillah, semalam saya telah menyaksikan Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) memeterai perjanjian yang bersejarah bagi Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi kerjasama meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000km persegi di wilayah Al Dhafra.
"Harapan saya adalah untuk melihat lebih banyak syarikat Malaysia berjaya di persada antarabangsa dan membuktikan lagi kebolehan Malaysia sebagai pesaing kelas pertama dalam kalangan pemain-pemain industri dunia, InsyaAllah," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Petronas dan ADNOC meterai perjanjian sumber minyak konvensional di Abu Dhabi
Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan menyaksikan MoU yang ditandatangani Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC, Dr SUltan Ahmed Al Jaber.
Topic Berkaitan
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#UAE
#Yang di-Pertuan Agong
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan