awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian bersih Sapura Resources meningkat kepada RM270.5 juta pada TK2022

Bernama
Bernama
01/04/2022
00:00 MYT
Kerugian bersih Sapura Resources meningkat kepada RM270.5 juta pada TK2022
Kerugian bersih Sapura Resources Bhd meningkat kepada RM270.5 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Jan 2022 (TK2022) daripada kerugian bersih RM20.5 juta setahun yang lalu.
KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Sapura Resources Bhd meningkat kepada RM270.5 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Jan 2022 (TK2022) daripada kerugian bersih RM20.5 juta setahun yang lalu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata hasil menurun kepada RM45.17 juta daripada RM46.0 juta sebelumnya, terutamanya disebabkan hasil yang lebih rendah daripada pelaburan hartanah dan segmen penerbangan.
Bagi suku keempat TK2022 (S4TK2022), kerugian bersih berjumlah RM109.9 juta berbanding kerugian bersih RM3.4 juta dalam tempoh yang sama sebelum ini, manakala hasil turun kepada RM10.9 juta daripada RM11.4 juta.
"Hasil pelaburan hartanah menurun daripada RM6.2 juta pada S4TK2021 kepada RM6.0 juta pada S4TK2022 terutamanya disebabkan oleh pendapatan sewa yang lebih rendah.
"Hasil penerbangan pada S4TK2022 merosot lima peratus kepada RM4.9 juta daripada RM5.1 juta pada S4TK2021 terutamanya disebabkan pengurusan pesawat dan hasil sewaan yang lebih rendah," katanya.
Bagi segmen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), syarikat merekodkan kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi kepada RM18.9 juta pada S4TK2022 daripada RM3.7 juta pada S4TK2021, disebabkan oleh rosot nilai sekali gus ke atas aset ekoran keputusan untuk menghentikan operasi akibat pandemik COVID-19.
Mengenai prospek, Sapura Resources berkata kumpulan itu membuat keputusan untuk keluar daripada segmen MRO berikutan kesan buruk pandemik COVID-19 yang berpanjangan terhadap segmen tersebut.
"Selain itu, memandangkan pasaran hartanah yang mencabar yang memerlukan masa untuk pulih daripada kesan pandemik COVID-19, kumpulan turut terjejas dengan pelaburan Perjanjian Pajakan Induk (MLA).
"Walau bagaimanapun, segmen penerbangan perniagaan dan hartanah akan terus menyumbang kepada hasil kumpulan.
"Dalam pada itu, kumpulan sedang menyemak semua portfolio pelaburannya untuk mengoptimumkan sumber bagi memastikan kemampanan jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sapura Resources
#Bursa Malaysia
#tahun kewangan
#prestasi kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan