awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kestabilan politik, dasar beri peluang lonjakan kembali ekonomi negara - Liew

Bernama
Bernama
03/03/2024
01:30 MYT
Kestabilan politik, dasar beri peluang lonjakan kembali ekonomi negara - Liew
Liew berkata persaingan antara China dan AS telah membawa masuk pelaburan ke rantau Asia Tenggara dan Malaysia antara yang meraih manfaat daripadanya. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kestabilan politik, dasar ekonomi berpandangan jauh dan transisi hijau menyediakan peluang keemasan untuk melonjakkan ekonomi negara buat kali kedua selepas lonjakan pertama pada awal dekad 1990-an.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata persaingan antara China dan Amerika Syarikat (AS) telah membawa masuk pelaburan ke rantau Asia Tenggara dan Malaysia antara yang meraih manfaat daripadanya.
"Apabila pelabur membuat perhitungan, mereka tahu Malaysia mempunyai logistik yang baik, kerangka Common Law yang adil, dan banyak pekerja fasih dalam beberapa bahasa di samping cukup berpendidikan.
"Ini merupakan peluang untuk Malaysia membuat lonjakan kedua. Lonjakan pertama telah berjaya dibuat pada awal dekad 1990-an apabila pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, gaji yang dibayar, dan peningkatan taraf hidup rakyat berada dalam suasana positif," katanya.
Liew berkata demikian menerusi catatan di blognya bertajuk "Lonjakan Kedua Ekonomi Malaysia" yang merupakan perkongsian ucapan beliau semasa sesi perbincangan Diskusi Madani: Aspirasi Perpaduan Memperkukuhkan Agenda Bumiputera di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024), baru-baru ini.
Menurutnya, melalui peluang tersebut Malaysia berpotensi mengembangkan pertumbuhan ekonomi negara dan menetapkan sasaran yang lebih tinggi.
Dalam masa yang sama, katanya, Malaysia tidak perlu bersaing dengan negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia untuk menarik pelaburan, kerana kekuatan ekonomi negara telah meletakkan Malaysia tidak kurang daripada kemampuan Singapura.
Malahan dari segi perkhidmatan teknologi Malaysia tidak berada terlalu jauh di belakang Singapura malah kita mampu menyediakan perkhidmatan yang sama, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perpaduan
#negara jiran
#kekuatan ekonomi
#menarik pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan