awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Kamarudin menang CEO Terbaik di Anugerah Kewangan Islam Global 2024

Bernama
Bernama
20/09/2024
10:00 MYT
Khairul Kamarudin menang CEO Terbaik di Anugerah Kewangan Islam Global 2024
Pengiktirafan itu menjadi bukti kepada kepimpinan cemerlang Khairul dalam memacu Bank Muamalat sebagai pemain utama dalam sektor kewangan Islam. - FB Bank Muamalat
KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) Khairul Kamarudin memenangi anugerah berprestij CEO Terbaik di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2024.
Menurut Bank Muamalat dalam kenyataan hari ini, pengiktirafan itu menjadi bukti kepada kepimpinan cemerlang beliau dalam memacu bank tersebut sebagai pemain utama dalam sektor kewangan Islam.
Anugerah itu disampaikan pada Majlis Anugerah GIFA ke-14 di Maldives, yang turut menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Kewangan Islam Global (GIFS).
Katanya GIFA berperanan sebagai piawaian kecemerlangan tertinggi dalam kewangan Islam, mengiktiraf individu dan institusi yang memacu inovasi dan kemajuan dalam industri tersebut.
"Alhamdulillah, ia adalah satu penghormatan untuk menerima pengiktirafan ini daripada jawatankuasa GIFA. Saya amat berbangga dengan kemajuan dan momentum yang telah kami bina selama ini.
"Bank Muamalat telah menjadi sebuah bank Islam yang lebih kukuh dan berdaya tahan, menjadi rakan kepada pelanggan kami dalam setiap aspek," kata Khairul.
Pemilihan Khairul dibuat selepas melalui proses yang ketat dan beliau dilihat lebih menonjol dalam kalangan pemimpin industri global terkemuka atas pendekatan visi, kepimpinan strategik dan komitmennya yang berterusan terhadap prinsip kewangan Islam.
Pengiktirafan beliau di Anugerah GIFA mencerminkan komitmen bank itu yang berterusan terhadap inovasi, perkhidmatan pelanggan dan pembangunan penyelesaian kewangan patuh Syariah.
Bank Muamalat meneruskan perjalanan kecemerlangannya di bawah kepimpinan Khairul, mengukuhkan lagi peranannya dalam landskap perbankan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO Bank Muamalat
#Khairul Kamarudin
#CEO Terbaik
#Anugerah Kewangan Islam Global
#GIFA 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan