awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KNM lantik Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

Bernama
Bernama
20/09/2021
11:05 MYT
KNM lantik Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif
Zulhasnan pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke AS mulai 2017 hingga 2018. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: KNM Group Bhd telah melantik bekas menteri Wilayah Persekutuan yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bebas, berkuat kuasa 18 Sept 2021.
Menurut penyedia perkhidmatan dan kelengkapan minyak dan gas itu, Zulhasnan tidak memegang jawatan pengarah di mana-mana syarikat awam lain atau penerbit tersenarai di samping tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah atau pemegang saham utama syarikat berkenaan.
"Zulhasnan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam sekuriti syarikat atau anak syarikatnya, tidak mempunyai konflik kepentingan ke atas syarikat dan beliau tidak memegang sebarang kepentingan dalam syarikat itu atau anak syarikatnya," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Zulhasnan menyandang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke AS mulai 2017 hingga 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zulhasnan Rafique
#KNM Group
#Pengerusi Bukan Eksekutif
#pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan