awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Greece rancang larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun

Bernama
Bernama
08/04/2026
17:12 MYT
Greece rancang larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun
Kanak-kanak dan remaja sering tidak mempunyai ketahanan dalam menghadapi mekanisme platform media sosial, justeru, kata Mitsotakis, Greece mempunyai tanggungjawab khusus dalam perkara ini. - Gambar hiasan

Greece merancang untuk melarang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun daripada mengakses media sosial pada masa hadapan, umum Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis di TikTok pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beliau berkata, sebaik sahaja diluluskan oleh ahli parlimen, undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2027.
Mitsotakis yang mempunyai majoriti selesa di parlimen, menjadikan kelulusan rang undang-undang itu hampir pasti.
“Kami memutuskan untuk meneruskan sesuatu yang sukar tetapi perlu,” kata Mitsotakis.
Langkah itu bertujuan untuk melindungi golongan muda dengan lebih baik daripada kesan negatif platform digital, katanya.
Bercakap secara langsung kepada pengguna muda, Mitsotakis mengakui yang pelan itu mungkin mendapat tentangan.
“Saya pasti ramai dalam kalangan golongan muda akan marah kepada saya sekarang, pada usia anda, saya mungkin merasakan perkara yang sama. Tetapi tugas kami bukan untuk menyenangkan hati,” katanya.
"Jika media sosial menyebabkan seseorang berasa tertekan atau memandang rendah terhadap diri sendiri, “maka wajar untuk menetapkan had,” katanya.
Mitsotakis turut mengkritik “struktur ketagihan” banyak platform, yang menurutnya perlu diubah.
Kanak-kanak dan remaja sering tidak mempunyai ketahanan dalam menghadapi mekanisme platform ini, justeru, katanya negara mempunyai tanggungjawab khusus dalam perkara ini.
Beliau turut menyatakan harapan agar negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain akan mengikuti langkah Greece.
Dalam sepucuk surat kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, Mitsotakis menyeru agar satu rangka kerja Eropah yang seragam diwujudkan menjelang akhir tahun ini, kerana langkah di peringkat negara sahaja tidak mencukupi.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Greece
#media sosial
#undang-undang baharu
#kanak-kanak bawah 15 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan