awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif - Fadillah

Bernama
Bernama
06/03/2023
21:45 MYT
KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif - Fadillah
Minyak sawit adalah salah satu industri utama Malaysia dan penyumbang pendapatan eksport terbesar daripada sektor pertanian di Malaysia. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensi berkaitan akan terus meningkatkan eksport produk hiliran minyak sawit dan derivatifnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kementerian telah membangunkan dasar sifar sisa lanjutan, melibatkan sejumlah besar sisa, termasuk kulit isirung sawit dan serat mesokarpa daripada tandan buah segar kelapa sawit, dahan buah kosong dan bahan lain digunakan sepenuhnya.
"Minyak sawit menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia kerana ia bukan sahaja membawa hasil eksport bernilai tinggi tetapi juga menyediakan pekerjaan langsung kepada lebih 650,000 orang termasuk kira-kira 450,000 pekebun kecil," katanya ketika berucap pada majlis makan malam perniagaan kumpulan syarikat Gamalux 2023 pada Isnin.
Beliau juga berkata, KPK telah melaksanakan semua inisiatif utama dengan visi memajukan sektor komoditi pertanian Malaysia bagi merealisasikan kemakmuran bersama dan pembangunan mampan di seluruh rantaian nilai.
Fadillah berkata, minyak sawit adalah salah satu industri utama Malaysia dan penyumbang pendapatan eksport terbesar daripada sektor pertanian di Malaysia.
"Pada 2022, jumlah nilai eksport minyak sawit dan produk sawit berjumlah RM130 bilion (AS$29.8 bilion), atau 8.4 peratus daripada jumlah nilai eksport Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksport hiliran
#minyak sawit
#Fadillah Yusof
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan