awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan aktivis serah memorandum gesa rundingan TPPA ditunda

Haider Yutim
Haider Yutim
16/07/2013
10:00 MYT
Kumpulan aktivis serah memorandum gesa rundingan TPPA ditunda
Kumpulan aktivis, Gabungan Bantah FTA hari ini telah menyerahkan sebuah memorandum bagi menggesa rundingan tentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), ditunda.
Memorandum tersebut, meminta kerajaan Malaysia menunda rundingan itu untuk membenarkan ia didebatkan di Dewan Rakyat.
Ia telah diterima oleh ahli parlimen Sunga Siput (PSM) Dr Michael Jeyakumar dan juga ahli parlimen Lembah Pantai (PKR) Nurul Izzah Anwar, yang mana kedua-dua mereka juga merupakan anggota kaukus Parlimen mengenai TPPA.
Dr Jeyakumar ketia mengulas perkara tersebut, meminta kerajaan memberi jaminan akan mengambil kira pandangan rakyat, khususnya pihak-pihak yang berkepentingan sebelum apa-apa keputusan diambil.
“Kita mahu jaminan daripada kerajaan yang akan diberitahu kepada Parlimen, (supaya) beri kita tiga bulan untuk bawa balik pada kawasan untuk dapatkan pandangan rakyat Malaysia.
“Tiada tandangan tanpa pendedahan penuh. Jika tidak boleh pegang janji itu, hentikanlah (rundingan),” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Nurul Izzah pula memohon supaya sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai TPPA ditubuhkan kerana kaukus tidak mempunyai kuasa sebagaimana sebuah jawatankuasa khas Parlimen.
Beliau juga meminta supaya dokumen analisis kos-faedah dipaparkan kepada umum.
“Ini bukan berkait dengan perjanjian yang rahsia.. ini hanyalah kos faedah yang seharusnya diberikan pada umum kerana ia dibuat oleh kerajaan,” katanya.
Beliau juga menyuarakan rasa kecewa kerana anggota-anggota kaukus Parlimen dari Barisan Nasional (BN) tidak hadir semasa penerimaan memorandum tersebut.
Terdahulu, kira-kira 100 ahli Gabungan Bantah FTA pagi tadi telah berhimpun di luar Parlimen bagi membantah TPPA.
Himpunan itu diketuai oleh Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim yang meminta perjanjian itu dibatalkan dan menyifatkannya suatu bentuk penjajahan yang baru.
Beberapa anggota dari kumpulan itu kemudiannya bergerak menuju ke dalam premis Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada beberapa ahli-ahli Parlimen.
Topic Berkaitan
#bantah
#kaukus
#Parlimen
#rundingan
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan