awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP bebas apabila berkaitan membuat keputusan pelaburan

Bernama
Bernama
30/10/2019
20:16 MYT
KWSP bebas apabila berkaitan membuat keputusan pelaburan
Kerajaan tidak mempunyai pengaruh dari segi cara KWSP menjalankan perniagaan. - Gambar hiasan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bebas apabila berkaitan membuat keputusan pelaburan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.
Beliau berkata KWSP yang disenaraikan sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) boleh menimbulkan salah tanggapan bahawa kerajaan mungkin mempengaruhinya dari segi membuat keputusan pelaburan.
"Tidak, kerajaan tidak mempunyai pengaruh dari segi cara kami menjalankan perniagaan kami," katanya pada Sidang Kemuncak Korporat Permodalan Nasional Bhd (PNB) di sini pada Rabu.
Tunku Alizakri merupakan ahli panel pada sidang kemuncak tersebut.
Beliau berkata KWSP selama ini telah membuat banyak keputusan pelaburan untuk kebaikan ahli-ahlinya.
Tunku Alizakri turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan penggiat swasta untuk saling melengkapi antara satu sama lain untuk kepentingan negara.
"Penggiat swasta perlu memberi tumpuan kepada menjana wang, yang merupakan kepakaran mereka. GLC perlu lebih daripada itu dalam merancang untuk tempoh jangka panjang, menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk memastikan pertumbuhan Malaysia," katanya.
Sidang kemuncak selama sehari yang diadakan buat julung kalinya bertemakan, "Rebooting Corporate Malaysia", dihadiri kira-kira 500 peserta untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan sektor korporat, seperti keperluan kepada pemodenan dan transformasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bebas
#cara menjalankan perniagaan
#GLIC
#keputusan pelaburan
#kerajaan
#KWSP
#pelaburan
#pengaruh kerajaan
#Permodalan Nasional Bhd
#PNB
#salah tanggapan
#Sidang Kemuncak Korporat
#Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan