awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap

Kenyataan Media
Kenyataan Media
11/03/2018
04:28 MYT
Ladang solar terbesar milik TNB lebih 50% siap
Pemasangan panel solar sebanyak lebih dari 238,000 unit pula sedang rancak berjalan. Foto TNB
Projek Solar Berskala Besar (LSS) pertama dan terbesar di Malaysia, yang sedang dibangunkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kini siap lebih 50 peratus.
Kerja-kerja tapak untuk ladang solar berkapasiti 50MW itu kini sedang rancak berjalan.
Ia merangkumi aktiviti-aktiviti utama seperti struktur bagi panel solar, selain penanaman kabel bawah tanah 132kV dan fiber optik sepanjang 10 km.
Menurut Naib Presiden (Usaha Niaga Tenaga) TNB, Datuk Nor Azman Mufti kerja-kerja pembinaan pencawang 132kV dan pusat kawalan (control room) juga sedang dilaksanakan.
TNB yakin projek dapat siap mengikut jadual pada 1 November 2018
TNB yakin projek dapat siap mengikut jadual pada 1 November 2018
“Pemasangan panel solar sebanyak lebih dari 238,000 unit pula sedang rancak berjalan.
“Kami yakin projek ini dapat mencapai sasaran Tarikh Operasi Komersial Yang Dijadualkan (Scheduled Commercial Operation Date) pada 1 November 2018,” ujarnya.
LSS tersebut, mula dibina pada Julai tahun lalu, dibangunkan anak syarikat TNB, TNB Sepang Solar Sdn Bhd di tapak seluas 98 hektar di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.
Kontraktor utama Engineering, Procurement & Construction (EPC) projek berkenaan adalah TNB Engineering Corporation Sdn Bhd.
TNB memenangi bidaan kompetitif (LSS )bernilai lebih RM300 juta itu tahun lalu dalam usahanya menerajui agenda Tenaga Diperbaharui (RE) dan mengoptimumkan penjanaan elektrik melalui teknologi hijau.
Topic Berkaitan
#ladang solar
#solar panel
#teknologi hijau
#Tenaga Diperbaharui RE
#Tenaha Nasional Berhad
#terbesar
#TNB Sepang Solar Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan