awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
10/02/2026
08:19 MYT
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Apurva Sanghi menekankan pencapaian sosial negara sering dipandang remeh, manakala cabaran struktur pula kerap dipandang sebelah mata. -Foto YouTube TEDx
KUALA LUMPUR: Walaupun Malaysia sering dianggap ekonomi kecil di pentas global dengan sumbangan kurang daripada satu peratus kepada keluaran dunia, realiti sebenar ekonomi negara jauh lebih kompleks.

Ringkasan AI
  • Transformasi Sosial Berjaya: Lebih 14 juta rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan sejak merdeka, menurunkan kadar kemiskinan kepada kira-kira lima peratus hari ini tanpa pembentukan setinggan besar.
  • Cabaran Pendapatan Sederhana: Malaysia terperangkap dalam kelompok pendapatan sederhana selama hampir 40 tahun tanpa melonjak ke kategori negara berpendapatan tinggi disebabkan jurang struktur yang melambatkan kemajuan, seperti pendapatan di Kuala Lumpur yang setanding negara maju berbanding dengan kawasan lain seperti Kelantan.
  • Produktiviti Rendah dan Tidak Sekata: Cabaran terbesar ekonomi Malaysia ialah produktiviti yang tidak sekata antara sektor dan firma, dengan banyak perusahaan kecil dan sederhana beroperasi pada tahap kecekapan rendah, serta produktiviti buruh yang masih ketinggalan berbanding negara berpendapatan tinggi.

Pandangan ini dikongsi Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Apurva Sanghi, yang turut mengupas perkara sama dalam wacana awam termasuk platform seperti TEDxKL, menekankan bahawa pencapaian sosial negara sering dipandang remeh, manakala cabaran struktur pula kerap dipandang sebelah mata.
Berikut lima realiti penting ekonomi Malaysia yang sering terlepas daripada perbincangan arus perdana:
1. Kejayaan Ketara Dalam Pengurangan Kemiskinan
Malaysia mencatat transformasi sosial yang signifikan sejak merdeka.
Lebih 14 juta rakyat berjaya keluar daripada kemiskinan, menurunkan kadar kemiskinan daripada hampir separuh populasi kepada sekitar lima peratus hari ini.
Lebih menarik, pembangunan pesat ini berlaku tanpa pembentukan setinggan besar seperti yang sering berlaku di negara membangun lain.
Kemajuan ini sangat ketara dalam kalangan komuniti Bumiputera, menjadikan kemiskinan era moden lebih bergantung kepada kelas pendapatan dan lokasi, bukan lagi perbezaan etnik.
2. Terperangkap Dalam Status Pendapatan Sederhana Selama Hampir Empat Dekad
Di sebalik kejayaan sosial, Malaysia masih belum berjaya melonjak ke kategori negara berpendapatan tinggi, walaupun telah berada dalam kelompok pendapatan sederhana selama kira-kira 40 tahun.
Negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura telah berjaya melepasi perangkap tersebut, tetapi Malaysia terus menghadapi jurang struktur yang melambatkan kemajuan.
Walaupun Malaysia berpotensi mencapai ambang pendapatan tinggi dalam tempoh sedekad akan datang, jurang wilayah yang besar masih menjadi cabaran utama.
Misalnya, pendapatan di Kuala Lumpur setanding negara maju, tetapi beberapa kawasan seperti Kelantan menunjukkan keadaan ekonomi jauh lebih rendah.
Ini menandakan prospek pertumbuhan tidak dapat disandarkan kepada kejayaan kelompok tertentu sahaja.
3. Pertumbuhan Ekonomi Tidak Seiring Inovasi
Struktur ekonomi Malaysia hari ini banyak didorong oleh sektor pembuatan khususnya semikonduktor yang menjadikan negara antara pengeksport cip utama dunia.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan tersebut tidak disokong secara memadai oleh inovasi tempatan.
Malaysia cemerlang dalam pemasangan dan pengujian cip, tetapi masih kurang dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), sekali gus menghadkan keupayaan negara untuk meningkatkan nilai dan daya saing dalam rantaian global.
4. Sumbangan Sebenar Malaysia Lebih Besar Daripada Nisbah Ekonominya
Walaupun bersaiz kecil dari segi jumlah keluaran global, Malaysia memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam rantaian bekalan dunia, terutama dalam industri elektronik.
Ekonomi negara sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa dan telah meletakkan dirinya sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan global, termasuk dalam pengeluaran semikonduktor, sebuah sektor kritikal dalam teknologi moden.
Kedudukan ini menunjukkan bahawa pengaruh Malaysia melangkaui angka-angka asas KDNK globalnya.
5. Produktiviti Masih Rendah Dan Tidak Sekata
Cabaran terbesar yang masih membelenggu ekonomi Malaysia ialah produktiviti yang tidak sekata antara sektor dan firma.
Banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih beroperasi pada tahap kecekapan rendah, mengekang prestasi keseluruhan ekonomi.
Produktiviti buruh juga masih ketinggalan berbanding negara yang telah mencapai status berpendapatan tinggi.
Pembaharuan struktur termasuk pemodenan teknologi, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan transformasi digital diperlukan bagi memperkukuh daya saing jangka panjang negara.
Untuk kupasan penuh dan penjelasan lanjut beliau, tonton perbincangan penuh bertajuk "5 Things Every Malaysian Should Know About Their Economy But Don’t" di saluran YouTube TEDx Talks.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#ekonomi malaysia
#TedxKL
#Apurva Sanghi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.