awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LVG: Cukai jualan e-dagang dapat reaksi pelbagai dalam kalangan ahli ekonomi

Bernama
Bernama
10/08/2022
09:49 MYT
LVG: Cukai jualan e-dagang dapat reaksi pelbagai dalam kalangan ahli ekonomi
Pada masa ini, LGV yang bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport ke Malaysia. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai jualan terhadap barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian dan barang tersebut diimport masuk mendapat reaksi yang pelbagai apabila ahli ekonomi mengeluarkan pandangan terhadap kesannya kepada pemain dan pengguna e-dagang.
Pada minggu lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 untuk mengenakan cukai jualan 10 peratus ke atas pembelian dalam talian LVG bernilai di bawah RM500 yang dijual di platform dalam talian dan dihantar ke Malaysia, mulai tahun depan.
Pada masa ini, LGV yang bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport ke Malaysia.
Profesor Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Dr Geoffrey Williams yang mengulas isu itu percaya bahawa impak cukai jualan terhadap industri e-dagang secara keseluruhannya tidaklah terlalu buruk kerana pasaran e-dagang sangat kompetitif, menjimatkan kos dan mudah.
"Pembeli boleh membandingkan harga di antara syarikat yang bersaing dalam talian dengan lebih mudah, berbanding perlu pergi dari kedai ke kedai untuk memdapatkan tawaran yang menarik.
"Jadi, kesan ke atas harga mungkin tidak begitu teruk disebabkan persaingan dan perbandingan harga yang lebih mudah," katanya kepada Bernama.
Adakah kos akan dipindahkan kepada pengguna?
Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff pula berpendapat pengenaan cukai itu akan memberi kesan kepada daya saing penjual.
"Jika majoriti penjual asing memutuskan untuk memindahkan cukai tersebut kepada pembeli, mereka akan kehilangan daya saing harga berbanding penjual konvensional.
"Ia juga mungkin memperlahankan pertumbuhan industri e-dagang memandangkan kita juga berhadapan dengan kelembapan ekonomi semasa dan pada masa yang sama berlakunya peningkatan kadar inflasi serta kos sara hidup," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau menambah bahawa cukai jualan baharu yang dikenakan itu adalah munasabah dengan menyatakan penjual perlu mengurus kos operasi dan proses perniagaan dengan berkesan dalam mengekalkan sasaran margin keuntungan mereka.
Kutipan cukai jualan e-dagang berkembang dari semasa ke semasa
Mengulas mengenai jangkaan kerajaan terhadap hasil cukai sebanyak RM200 juta setahun dengan mengenakan cukai jualan baharu tersebut, Williams dan Ahmed Razman berpendapat jumlah itu agak tidak ketara berbanding pendapatan tambahan RM4 bilion yang dijangka daripada Cukai Makmur.
Namun begitu, mereka menyatakan cukai jualan baharu mampu untuk menjadi sumber hasil yang berpotensi penting kepada kerajaan dalam masa terdekat, memandangkan pertumbuhan eksponen industri e-dagang.
"Apa yang penting ialah cukai harus direka bentuk secara sistematik dan ditetapkan pada tahap kecekapan minimum bagi memaksimumkan hasil, dan ini hanya boleh dilihat dalam kajian berskala penuh mengenai pembaharuan sistem cukai secara keseluruhan," kata Williams.
Sementara itu, Ketua Ekonomi Global Juwai IQI, Shan Saeed berkata, pasaran e-dagang Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain penting dalam landskap e-dagang.
Menurut GlobalData's eCommerce Analytics, pasaran e-dagang di Malaysia dijangka mencecah US$12.6 bilion (AS$1=RM4.45) menjelang 2024, meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 14.3 peratus antara 2020 dan 2024.
"Pertumbuhan kitaran industri e-dagang di Malaysia berada di peringkat kedua dan pemain industri sebenarnya mendapat sokongan daripada kerajaan.
"Bermula dengan struktur cukai yang lebih rendah boleh memastikan semua pihak berkepentingan terus maju dalam memperkukuh pertumbuhan hasil negara," katanya.
Shan menambah pengenaan cukai 10 peratus mungkin kelihatan pragmatik pada masa ini tetapi beliau menekankan bahawa pihak berkepentingan harus melibatkan diri di semua peringkat.
Dengan meningkatnya tahap pendapatan dalam kalangan pemain e-dagang dan dasar rangka kerja yang stabil oleh kerajaan, pengenaan cukai e-dagang harus dilakukan dengan mendapatkan keyakinan semua pihak berkepentingan.
"Pada pandangan saya, pemain e-dagang boleh memberi maklum balas mengenai struktur cukai mengikut volum perniagaan syarikat," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai jualan
#E-dagang
#dalam talian
#beli-belah online
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan