awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines keluarkan video kempen Hospitaliti Malaysia

Bernama
Bernama
14/05/2018
22:44 MYT
Malaysia Airlines keluarkan video kempen Hospitaliti Malaysia
Malaysia Airlines menampilkan sifat-sifat hospitaliti Malaysia dan layanan daripada Malaysia Airlines sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional. - Facebook Malaysia Airlines
Malaysia Airlines mengeluarkan video Kempen Hospitaliti Malaysia semalam di YouTube, Facebook, Twitter dan WeiBo bersempena kempen jenama baharunya.
Kempen itu juga akan dibuat melalui iklan digital luaran termasuk media cetak di seluruh Malaysia.
Video berdurasi 1:42 saat itu menampilkan sifat-sifat hospitaliti Malaysia dan layanan daripada Malaysia Airlines sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional.
"Sebagai sebuah negara, kami amat peramah, mesra, hangat dan tulen. Nilai-nilai tersebut adalah sesuatu yang kami, sebagai syarikat penerbangan nasional, berasa bangga untuk membawanya kepada dunia bagi seluruh rakyat Malaysia.
"Perjalanan dengan Malaysia Airlines adalah bagi menikmati yang terbaik dari Malaysia, memandangkan layanan mesra Malaysia bermula dengan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail dalam satu kenyataan.
Bertemakan, "Hospitaliti Malaysia Bermula Dengan Kami", kempen itu merangkumi semua aspek pengalaman pelanggan dalam produk dan perkhidmatannya, termasuk dalam pelbagai inovasi digital, pada badan pesawat dan pengenalan Menu Terbaik Malaysia di dalam kabin.
Sempena kempen tersebut, Malaysia Airlines akan melancarkan jualan promosi khas "Tawaran MH", mulai 15 Mei hingga 8 Jun, untuk perjalanan serta-merta sehingga 15 Jun 2018, meliputi destinasi terpilih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospitaliti Malaysia
#iklan
#kempen
#Malaysia Airlines
#Malaysian Hospitality
#media sosial
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan