awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited perkukuh kerjasama ekonomi dengan BRICS - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
07/07/2025
22:10 MYT
Malaysia komited perkukuh kerjasama ekonomi dengan BRICS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (berdiri) merupakan antara anggota delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Anwar ke Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio De Janerio, Brazil. - Gambar Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Malaysia komited memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara BRICS, terutamanya dengan potensi besar kecerdasan buatan (AI) yang perlu dimanfaatkan untuk pembangunan inklusif.
"Dengan ekonomi digital ASEAN dijangka mencapai US$2 trilion (US$1=RM4.231) menjelang 2030, ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh kita sia-siakan," kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi hantaran di laman X beliau, pada Isnin.
Tengku Zafrul berkata, mesyuarat sampingan dengan Negara Rakan BRICS dan pemimpin perniagaan, membuka ruang untuk syarikat Malaysia meneroka pasaran dan peluang pelaburan dalam sektor berorientasikan masa depan.
Beliau berkata, MITI akan terus memudah cara dan menyokong syarikat tempatan untuk terus berani meneroka pasaran baharu.
"Komitmen Malaysia adalah untuk memperkukuh sistem perdagangan yang berasaskan peraturan dan inklusif.
"Bersama-sama, kita bina masa depan ekonomi global yang lebih adil dan progresif," katanya.
Tengku Zafrul merupakan antara anggota delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio De Janerio, Brazil.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRICS
#Tengku Zafrul
#kerjasama ekonomi
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#AI
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan