awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah

Bernama
Bernama
09/04/2026
14:54 MYT
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam bermula Rabu depan tidak akan mengganggu pergerakan ekonomi negara sebaliknya bertujuan memastikan produktiviti terus terpelihara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. - Foto BERNAM
Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam bermula Rabu depan tidak akan mengganggu pergerakan ekonomi negara sebaliknya bertujuan memastikan produktiviti terus terpelihara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata berbeza dengan pelaksanaan BDR ketika pandemik COVID-19 sebelum ini yang bertujuan mengawal penularan virus, dasar kali ini memberi tumpuan kepada kesinambungan produktiviti tanpa menjejaskan operasi ekonomi.
“Maka sebab itu bekerja dari rumah bukan bermaksud untuk menghalang kegiatan ekonomi tetapi untuk memastikan produktiviti tidak terganggu dan komitmen mereka (penjawat awam) itu benar-benar melaksanakan tugasan di kediaman atau tempat masing-masing,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk Mendepani Krisis Tenaga: Menjamin Kestabilan Ekonomi malam ini.
Mengulas mengenai kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan berlakunya pembelian panik, Akmal Nasrullah berkata kerajaan mengambil langkah awal dengan meneliti isu bekalan sejak pengaktifan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada awal Mac lepas.

Beliau berkata antara aspek yang diberi perhatian ialah jaminan bekalan makanan seperti barang keperluan asas.

“Sebab itu, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memberi jaminan stok barang-barang keperluan asas insya-Allah mencukupi untuk tempoh yang munasabah.

“Contohnya, untuk bekalan beras kita jangkakan boleh bertahan sehingga sembilan bulan manakala dari segi bahan-bahan yang lain, sudah pasti ia bergantung kepada soal pengeluaran,” katanya.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata bekalan bahan segar seperti sayur-sayuran memerlukan pengeluaran berterusan manakala bekalan protein seperti ayam dan telur turut dipantau bersama-sama bekalan makanan ternakan.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik yang boleh menjejaskan kestabilan bekalan sedia ada.

“… dari awal lagi kita bertindak lebih proaktif untuk menjamin bekalan ini mencukupi... tetapi kaveatnya ialah kita perlu sama-sama memberi keyakinan untuk tidak mewujudkan sebarang penyorokan atau pembelian panik yang akan menyebabkan berlaku renjatan kepada stok yang sedia ada,” katanya.

Terdahulu dalam program Ruang Bicara, Akmal Nasrullah berkata cabaran dalam memastikan mesej ekonomi difahami dan diterima rakyat menuntut pendekatan komunikasi lebih jelas, konsisten dan mudah difahami dalam keadaan semasa yang mencabar.
Beliau berkata usaha komunikasi termasuk penggunaan video pendek secara konsisten dilaksanakan bagi menjelaskan isu ekonomi kepada rakyat meskipun berdepan cabaran mengimbangi antara kandungan berunsur maklumat dan tarikan umum.
“… untuk membolehkan perkara ini difahami, ia perlu dikupas satu per satu dan mungkin mengambil masa… saya punya jangkaan, saya perlukan masa dua bulan untuk turun ke lapangan, terangkan, bagi keyakinan dan sebagainya sehinggalah keputusan itu boleh diambil dengan sokongan yang munasabah,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Ekonomi
#akmal nasrullah
#Bekerja Dari Rumah
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan